Siakap Keli
Gambar via Livescience.com

“Kenalpasti Jenis Ular..,” Bomba Kongsikan Tips Tangani Haiwan Berbisa Seperti Ular

Berhadapan dengan haiwan berbisa seperti ular sememangnya menjadi detik ngeri bagi seseorang. Pun begitu, anda sepatutnya tidak harus terlalu panik kerana terdapat cara yang boleh dilakukan bagi menangani haiwan tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi satu kiriman di laman facebook rasmi mereka ada berkongsikan tentang cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa.  Berikut merupakan perkongsiannya :

Jangan sesekali anda melakukan perkara dibawah,

1. Cuba untuk menangkap ular jika tiada kemahiran.
2. Cuba untuk mencederakan dan menghalau ular dengan peralatan.

3. Cuba menghalau menggunakan peralatan.

Apa yang anda perlu lakukan?

1. Hubungi 999 demi mendapatkan bantuan .
2. Memerhatikan gerak geri dan arah ular bergerak.
3. Tutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan ular keluar.
4. Arahkan ahli keluarga atau penghuni rumah untuk segera keluar.
5. Kurangkan bergerak dihadapan ular.
6. Kenalpasti jenis ular, panjang, warna serta corak dibadanya.
7. Berikan maklumat yang tepat kepada pasukan penyelamat.

Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat 

Aziezzan