Siakap Keli
Gambar via Kakuchopurei.com

Konsol Permainan Popular, PS5 Dilapor “Sold Out” Selepas Beberapa Jam Dijual Atas Talian

TOKYO – Baru-baru ini, Sony Corp’s PlayStation 5 (PS5) yang telah dilancarkan di pasaran dan telah menarik ramai penggemar permainan video atau “gamers”.

Disebabkan dunia mengalami pandemik COVID-19, ia telah mendorong syarikat malah mendapat pemintaan yang tinggi dari penggemar permainan video di seluruh pelusuk dunia.

Sony menekankan penjualan menerusi talian dibuat agar pengguna tetap menjaga jarak sosial dan berada di rumah ketika musim pandemik ini berlaku.

Konsol generasi seterusnya yang dijual dengan harga $500 (RM2067) dan juga $400 (RM1654) telah habis dijual di semua laman web utama  di Jepun.

Di platform yang lain, terdapat penjual yang menjual dengan 2 kali ganda iaitu harga lebih dari $900 (RM3721) berbanding harga asal PS5 untuk meraih keuntungan berganda.

Permintaan yang tinggi untuk Sony Corp’s PlayStation 5 (PS5) yang mempunyai grafik yang canggih, load-time yang lebih cepat dan controller baharu telah membuatkan pengguna berpusu-pusu untuk memilikinya.

Penganalisis melihatkan kekurangan stok konsol dari Sony dan persaingannya Microsoft Corp yang melancarkan peranti Xbox berlanjutan hingga awal 2021.

Sumber: Reuters

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia