Siakap Keli

“Apa Nak Jawab Dengan Wife Eh..” Lelaki Turun Dapur ‘Gelabah’ Selepas Senduk Kesayangan Isteri Rosak Ditangannya

Biasalah kan adat ragam suami, kalau memasak tu mesti kena guna cara yang ganas dan kasar. Barulah anak jantan.

Orang lelaki ni lagi ‘bersepah’ dapur sewaktu memasak, lagi sedap dia punya rasa tu. Satu lagi orang kata, nak tahu masakan tu sedap ke tidak, sewaktu memasak jangan pakai baju.

Tapi, seganas manapun, sejantan manapun, segagah manapun suami, beras tetap suami kena beli. Susu anak tetap kena bancuh. Di situlah suami perlu tunduk pada si isteri.

Bak kata Jep Sepahtu,

“Memanglah lelaki ni kepala keluarga, tapi orang perempuan ni tengkuk. Kalau tengkuk pusing, kepala kena ikut sekali”.

Hari ini, berlaku satu ‘kekecohan’ dalam group Suami Masak Apa Hari Ini? (SMAHI) apabila seorang ‘abam’ ini mengadu senduk kesayangan isterinya cair terkena panas ketika dalam kuali.

Akibat gugup dengan kerosakan tidak sengaja itu, ‘abam’ ini berkongsi gambar senduknya yang cair itu ke group SMAHI dan memohon bantuan ‘talian hayat’.

Kredit gambar: Muhd Syahanas Rosli

“Salam semua..minta tolong jap..apa nak jawab dengan wife eh..ada dua jam sebelum dia habis online class..dah la dia selalu guna benda ni..ke buang terus? dah kabur masa depan ni rasanya..”

Tanpa membuang masa, maka muncullah segerombolan encik-encik suami yang kaya dengan nilai ‘brotherhood’ memberi pelbagai solusi sebagai ‘jalan keluar’ atau lebih dalam, ‘pilihan terakhir’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kira-kira tiga jam selepasnya, barulah si suami ini mengemaskini ‘laporan’ perkembangan terbaharu tentang kejadian mengerikan tersebut.

Alhamdulillah. Syukur. Konflik dapat diselesaikan cara baik. Nasib baik isterinya memahami. Mesti sayang lebih kat suami ni.

Apa-apapun, ingatlah wahai encik suami semua. Jangan takut bini, beras kita beli!

Sumber: Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI)

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'