Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pekerja Warga Bangladesh Dilapor Ditemui Mati Dalam Bilik, Bomba Dipanggil Lakukan Proses Sanitasi

Sofea
Gambar Via Info Roadblock JPJ/POLIS

Seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai telah meninggal dunia di dalam bilik tidur di sebuah asrama di Klang pagi tadi.

Menurut kiriman yang dimuatnaik Info Roadblock JPJ/POLIS di Facebook, pasukan bomba telah dipanggil untuk melakukan sanitasi di luar dan dalam bangunan sebelum mangsa dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Proses itu dikatakan bagi memberi keyakinan kepada anggota PDRM untuk membuat tugasan siasatan.

Punca kematian lelaki itu tidak diketahui dan masih dalam siasatan polis.

Gambar Via Info Roadblock JPJ/POLIS
Gambar Via Info Road block JPJ/POLIS
Gambar Via InforoadblockJPJ/POLIS

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS