Siakap Keli
Gambar: @auto.parts.laboratory

(Video) Mungkin Ada Yang Belum Mahir, Langkah Mudah ‘Side Parking’ Supaya Kereta Masuk ‘Ngam-ngam’ Dalam Kotak

Pasti ada diantara kita yang sudah bertahun-tahun memandu kereta mempunyai cara parkir yang digunakan secara kebiasaan kerana kurang mahir parkir kereta dalam kedudukan yang tertentu.

Seperti yang diketahui, parkir sisi mempunyai sedikit cabaran kepada pemandu yang kurang mahir tambahan lagi sekiranya terdapat kenderaan di kotak hadapan dan belakang. Disamping untuk memastikan bahagian kereta tidak bergesel, kereta yang dipandu juga hendaklah masuk ke dalam kotak parkir dengan sempurna.

Justeru daripada itu, satu akaun TikTok yang bernama @auto.parts.laboratory ada berkongsikan cara untuk meletakkan kereta anda sekiranya terdapat petak parkir kosong yang mempunyai kereta di hadapan dan dibelakang dengan memasuki bahagian sisi kereta terlebih dahulu.

Untuk mengetahui berkenaan cara-cara yang mudah dan betul untuk parkir kereta anda sekiranya terpaksa berhadapan dengan situasi sebegitu, ikuti caranya seperti yang dijelaskan dalam video di bawah:

@auto.parts.laboratory

How to parallel parking? #carguy #problemsolved #carsoftiktok #fyp #tutorial #comingofage

♬ original sound – AutoParts Laboratory

Sumber: @auto.parts.laboratory

Aqmal Ezany

I write what is right