Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Oldtown Nafi Dakwaan Jual Makanan Mengandungi Babi, Tindakan Undang-undang Menanti Individu Buat Tuduhan Palsu

KUALA LUMPUR, 15 Nov – OLDTOWN White Coffee sedang berbincang dengan pihak guaman dan akan menjalankan tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu yang membuat tuduhan palsu mengenai ramuan makanan yang didakwa mengandungi babi.

Menerusi satu kenyataan, pihaknya menegaskan orang ramai untuk segera berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih seperti video yang tular baru-baru ini.

“Kami juga ingin menekankan bahawa semua cawangan OLDTOWN White Coffee di negara ini memegang Sijil Pengesahan Halal (SPHM)  sejak 2010.

“Pensijilan halal serta peraturan yang ditetapkan bukanlah sesuatu yang dipandang ringan.

“Kami memastikan bahawa ramuan yang digunakan dalam makanan dan minuman kami langsung tidak mengandungi sebarang kandungan babi atau bahan tidak halal,” kata kenyataan tersebut semalam.

Dalam pada itu, cawangan-cawangan berkenaan telah dikunjungi wakil tempatan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menjalankan siasatan lanjut dan turut disahkan bahawa dakwaan tersebut tidak benar.

Jelasnya, penjelasan mengenai spekulasi itu turut telah dijelaskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Mengimbas kembali, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang individu membuat dakwaan bahawa salah satu menu makanan di restoran OLDTOWN White Coffee mempunyai kandungan daging babi.

Dakwaan tersebut menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet, selain turut menarik perhatian agensi-agensi penguatkuasaan untuk segera menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: OLDTOWN White Coffee

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'