Siakap Keli
Gambar: Tribun

(Video) Kasih Seorang Ayah, Rakaman Lelaki Tua Jemput Anak Setelah Pulang Kerja Dengan Basikal Undang Sebak

Sebuah video yang memaparkan seorang wanita dijemput oleh bapanya ketika dia pulang dari kerja dengan menaiki basikal jadi tular di media sosial.

Video tersebut telah menjadi tular selepas ianya dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @Rokannisa.

Darpada video yang beredar sejak hari Jumaat, 13 November 2020 lalu, video tersebut difahamkan diambil oleh seorang pengguna jalan raya daripada dalam keretanya.

“Ayah selalu menjemput saya pulang dari tempat kerja,” kata Rokannisa dalam naratif video yang dimuat naiknya.

Dalam video tersebut, seorang wanita bertudung kelabu dilihat berdiri di tepi jalan.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki tua yang menunggang basikal berhenti di hadapan wanita itu.

Lelaki tua yang memakai topi itu dikatakan bapa kepada wanita yang memakai tudung tersebut.

Dia sedang menjemput anaknya itu usai pulang dari bekerja.

Rokannisa juga mengucapkan terima kasih kepada setiap ayah yang walaupun lelah bekerja, tetap melapangkan masa untuk menjemput anak-anaknya.

“Terima kasih ayah, walaupun anda penat bekerja, anda tetap mengambil dan menjemput,” katanya.

Peristiwa dalam video tersebut telah membuatkan rata-rata warganet menjadi sedih.

Bahkan, ada diantara mereka yang mengulas video tersebut dengan memasukkan sekali emoticon menangis.

“Ayah saya juga menjemput saya setiap kali saya balik dari kerja,” kata seorang warganet sambil melampirkan emoticon menangis.

@rokannisa

Terimakasih Ayah❤😢 #fyp

♬ Ayah – Seventeen

Sumber: Tribun