Siakap Keli

Kajian Menunjukkan 77% Rakyat Malaysia Mengaku Susah Kerja Dari Rumah, Ini Realiti & Solusi Berdepan COVID-19

Sejak negara kita dilanda pendemik Covid-19, pembelajaran dan pengajaran di antara murid dan guru hanya tertakhluk kepada alam maya. Terdapat segelintir pelajar yang menikmati pembelajaran di alam maya dan ada juga berasa tertekan sehingga mendatangkan kemurungan. Dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian Covid-19, masyarakat perlu patuhi dengan arahan yang diberikan iaitu menggunakan alternatif belajar secara online atau WFH (Work From Home). Antara platform yang boleh diguna pakai semasa pembelajaran adalah Google Clasroom, WhatsApps, Telegram, dan pelbagai lagi. Belajar atau mengajar dari rumah ternyata banyak mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri. Mereka boleh mendapatkan suasana yang kondusif di rumah, mempunyai masa bersama keluarga, dan paling penting tidak memeningkan diri dalam kesesakan lalu lintas.

Kaji selidik oleh firma penyelidikan pengguna dalam talian Vase.ai daripada 1,100 responden rakyat Malaysia mendapati 77 peratus daripada responden mengakui menghadapi kesukaran untuk bekerja dari rumah.  35 peratus pula memberitahu sambungan internet tidak stabil antara cabaran yang dihadapi ketika bekerja dari rumah.

Walau bagaimanpun, bekerja dari rumah sebenarnya dapat membantu pihak kerajaan bagi mengurangkan penularan penyakit ini daripada berjangkit iaitu dengan menjaga penjarakan di antara rakan-rakan dan pekerja yang mempunyai tanda-tanda penyakit ini berlaku. Ibu bapa sebenarnya memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka menghadiri kelas online bagi yang masih bersekolah. Hal ini sedikit sebanyak akan membantu prestasi yang cemerlang anak-anak dalam sesi pembelajaran.

Bekerja dan Belajar Selamat di rumah

Ketika di rumah, anda boleh mewujudkan masa dan persekitaran sendiri terpulang kepada keselesaan masing-masing. Anda tidak perlu bersiap untuk ke pejabat dan kekal di rumah menikmati suasana yang nyaman tanpa perlu menghadapi orang-orang yang negatif di sekeliling anda.

Cabaran

Ramai beranggapan guru dan murid bersenang-lenang belajar di rumah, menikmati masa lapang sedangkan mereka mempunyai banyak masalah dan kekangan sepanjang menjalani pembelajaran dan pekerjaan di rumah. Hanya mereka yang masih belajar dan bekerja sangat terkesan dengan bekerja dan belajar di alam maya. Walaupun terdapat banyak cabaran dan halangan yang perlu diatasi, perkara yang melanda oleh kita semua membuatkan kita terfikir dan belajar untuk mempersiapkan diri kepada generasi akan datang supaya menjadi lebih baik dalam sistem pendidikan untuk masa hadapan.

A) Kekurangan Kemudahan dan Alatan

Setiap orang yang yang membuat pekerjaan dan pelajaran dari rumah mesti ada komputer riba, laptop, internet atau smartphone. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar atau mereka yang mampu memiliki peralatan tersebut mungkin tiada masalah untuk berkerja di rumah namun bagi mereka yang berada di luar bandar atau di kawasan pedalaman mungkin tidak mampu untuk menyediakan kelengkapan semua ini. Bayangkan mereka mempunyai bilangan ahli yang ramai dalam keluarga tersebut perlu berkongsi satu laptop atau smarphone bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Hal ini sedikit sebanyak akan mendatangkan masalah lebih-lebih lagi yang akan menghadapi peperiksaan secara online. Oleh hal yang demikian, prestasi pelajar atau pekerja mungkin merosot disebabkan ketiadaan alatan seperti tersebut.

B) Gangguan daripada Ahli Keluarga

Bagi warga pendidik yang masih mempunyai anak kecil yang perlu diuruskan sangat menganggu dalam pengajaran sebenarnya. Hal ini kerana mereka terpaksa melaksanakan tanggungajawab di rumah seperti memasak, membasuh, mengemas dan sebagainya. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu memantau dan memastikan anak murid mendapat latihan yang cukup dan lengkap bagi mengelakkan mereka tercicir dari pelajaran. Begitu juga pelajar yang perlu menguruskan adik kecil semasa ketiadaan ibu bapa di rumah, masa yang mereka luangkan sedikit sebanyak akan menganggu kefokusan dalam pelajaran.

C) Suasana yang Tidak Kondusif

Pembelajaran di sekolah semestinya ramai yang tahu ada nya kerusi, meja, papan putih, adanya interaksi dua hala terhadap guru dan murid, interaksi bersama dengan kawan-kawan jelas menunjukkan suasana yang kondusif. Namun begitu, suasana yang tidak kondusif ketika di rumah ini adalah seperti bunyi bising daripada kereta, lori ataupun adik-adik menganggu dengan menonton televisyen. Ada juga ibu bapa meminta tolong untuk mengemas, pergi ke kedai dan sebagainya. Mungkin ada sesetengah pelajar ada ibu bapa yang mampu menyediakan meja belajar yang sesuai dan cantik. Namun bagi mereka yang tidak berkemampuan mungkin tiada meja untuk belajar sebaliknya duduk di atas lantai, meniarap sehingga tidak selesa untuk meneruskan pembelajaran.

Menghiasi Ruang Belajar dan Kerja 

Mempunyai ruang kerja dan belajar dalam keadaan yang cantik, kemas dan tersusun mampu mencetuskan suasana yang kondusif dan menaikkan semangat belajar dan kerja sepanjang duduk di rumah. Anda perlu memastikan peralatan cukup seperti nota-nota, buku latihan dan paling penting laptop atau komputer riba. Bagi sesiapa yang tidak mampu memiliki laptop, menerusi pekeliling perbendaharaan Malaysia KW 9.1 telah menawarkan kepada kakitangan kerajaan untuk melalukan pinjaman bagi membeli komputer untuk kemudahan rakyat dalam pekerjaan dan pembelajaran.

Mengekalkan Kesihatan yang Sihat

Bekerja dan belajar di rumah merupakan satu cabaran yang besar melibatkan kesihatan fizikal dan mental. Hal ini kerana belajar melalui alam maya ini memerlukan kerja yang pantas untuk memastikan kita tidak ketinggalan perkara-perkara yang penting. Sudah pasti ada dikalangan pelajar atau pekerja akan berasa tidak selesa untuk makan disebabkan mengejar masa untuk menyiapkan tugasan secara atas talian. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak tidak terlalu fokus dengan pembelajaran sehingga tidak makan atau minum. Pastikan anak-anak mendapat rehat dan makan yang cukup supaya dapat mengekalkan kesihatan badan yang baik.

Mendapatkan rehat yang secukupnya membuatkan anda lebih fokus dan bertenaga pada keesokan harinya. Anda telah menghabiskan banyak masa bekerja di skrin komputer dan mata anda perlu direhatkan bagi mengekalkan kesihatan mata yang baik dan tidak kabur.

Bekerja dan Belajar lebih Terjaga Keselamatan di Rumah

Walaupun anda berkerja dan belajar dengan jarak jauh dari semua orang, keselamatan anda dijamin selamat disebabkan anda berada di rumah. Bayangkan anda berada di luar, kebarangkalian anda boleh terlibat dengan kes penculikan, kecurian yang boleh menyebabkan anda cedera atau kemalangan. Selain itu juga, peralatan peribadi anda seperti laptop dan handphone selamat diletakkan di pelbagai ruang tanpa perlu merisaukan barang peribadi anda dicuri oleh sesiapa.

Image via HR Asia

Menjadi Produktif Bekerja dan Belajar di Rumah 

Apabila anda berada di rumah, keselesaan anda bekerja dan belajar akan menjadikan anda lebih banyak befikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Produktif bermaksud banyak mengeluakan atau menghasilkan sesuatu yang baharu. Anda boleh membanggakan institusi sebuah syarikat sekiranya anda memberi ilham dan idea yang bagus dan mungkin anda boleh dinilai sebagai pekerja atau pelajar yang cemerlang.

Menjaga Hubungan Baik dengan Rakan Sekerja

Bekerja dan belajar dalam talian memerlukan kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi melibatkan komunikasi dua hala dalam medium seperti WhatApps, Telegram, Facebook dan sebagainya. Pace dan Faules (1994) menyatakan komunikasi dua hala mempengaruhi komitmen seseorang terhadap prestasi kerjanya. Hal ini kerana apabila kita menerima maklum balas berbentuk positif dalam sesebuah organiasi, seseorang itu akan mempunyai kepercayan dan mempunyai darjah komitmen yang agak tinggi terhadap kumpulan. Oleh itu, anda perlu memenuhi kepercayaan anda terhadap rakan sekerja atau pihak majikan supaya anda boleh menjaga hubungan yang baik sesama mereka. Tiada halangan untuk menjaga hubungan yang baik apabila bekerja atau belajar dalam alam maya.

Dalam pada anda sibuk bekerja atau belajar di rumah, jangan lupa untuk meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga. Pastikan anda mendapatkan rehat, makan minum yang cukup, barulah anda boleh fokus pada matlamat hidup anda.

Rujukan 

(1) Emerald Works (2019) Working From Home Balancing Productivity and Well-Being. Sumber dipetik daripada https://www.mindtools.com/pages/article/working-from-home.htm

(2) Sharifah Baharum, Joki Perdani Sawai, R. Balan Ratakrishnan (2006) Hubungan antara komunikasi dalam organisasi dengan kepuasan kerja, prestasi kerja dan komitmen kerja. Sumber dipetik daripada  http://myrahdika.ueuo.com/jurnal/Hubungan%20antara%20komunikasi%20dalam%20organisai.pdf

(3) Cikgu Razif (2008) Panduan lengkap Pinjaman Pembiayaan Komputer & Telefon Pintar Penjawat Awam / Kerajaan. Sumber dipetik daripada https://cikgusiber.com/pinjaman-komputer/ 

(4) The Malaysian Insight (2020) Pembelajaran dalam talian pada masa krisis Covid-19. Sumber dipetik daripada https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/238042 

(5) Ts. Dr. Hafiza Abas (2020) Memanfaatkan e-pembelajaran ketika pandemik COVID-19. Sumber dipetik daripada https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1843907 

(6) Ummu Rabbisyfina Abdul Hamid (2020) Pembelajaran di Rumah bermula; pelajar sesuaikan diri ikuti kelas maya. Sumber dipetik daripada https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/pembelajaran-di-rumah-bermula-pelajar-sesuaikan-diri-ikuti-kelas/4425698.html 

(7) Prof Dr Rusli Ahmad (2020) Konsep bekerja dari rumah: realiti dan cabaran. Sumber dipetik daripada https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1860228