Siakap Keli

Sertai OPPO Reno Festive Virtual Marathon Dan Menang Hadiah Hebat Berjumlah Sehingga RM42,000 Dari OPPO

Di musim pandemik ni, pelbagai acara sukan terpaksa dibatal dan di tangguhkan kerana bimbang akan penularan wabak virus COVID-19.

Turut terkesan adalah penggemar sukan larian. Kami tahu, mesti ramai yang rindu nak bertanding dalam acara larian ni. OPPO ada berita baik untuk penggemar sukan larian ini! Walaupun kita tak boleh keluar berlari beramai-ramai secara berkumpulan, OPPO telah melancarkan satu inisiatif untuk anda dapat ‘feel’ berlari marathon walaupun sebenarnya anda lari berseorangan! Caranya, adalah dengan menyertai acara larian marathon secara maya, ataupun virtual marathon iaitu OPPO Reno Festive Virtual Marathon yang bermula pada 13 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.

Dalam OPPO Reno Festive Virtual Marathon ni, pelbagai acara yang akan turut diadakan antaranya ialah Runners Leaderboard di laman web OPPO, Peraduan Fotografi dan Videografi, dan setiap peserta akan menerima t-shirt berjenama BROOKS, e-voucher, beg drawstring dan AR Medal yang berjumlah RM320.

Bukan tu saja, paling menarik sekali ialah peserta bakal berpeluang memenangi hadiah gempak, antaranya adalah OPPO Reno4 Pro (bernilai RM2,399), OPPO Watch 46mm (bernilai RM1,299) serta hadiah lain yang berjumlah sehingga RM42,000.

So macam mana nak daftar ni? Senang je…

Pendaftaran akan dibuka bermula 13 November sehingga 12 Disember 2020 di laman web HeyJom.com. Terdapat tiga pakej yang ditawarkan dan terhad. Berikut adalah antara pakej yang ditawarkan.

  • Pakej Basic (terhad kepada 1500 slot)
  • Pakej Early Bird (terhad kepada 700 slot)
  • Pakej Normal

Pada penggemar acara larian, pastinya sudah tidak sabar untuk menyertai OPPO Reno Festive Virtual Marathon ni kan? Mudah je nak join, semudah 6 langkah ni:

  • Langkah 1: Daftar di HeyJom.com
  • Langkah 2: Dapatkan slip pengesahan dan e-bib anda menerusi email
  • Langkah 3: Starter kit akan dihantar kepada anda menggunakan courier (bergantung kepada pemilihan pakej anda)
  • Langkah 4: Muat turun dan gunakan apa-apa aplikasi running tracker yang anda suka
  • Langkah 5: Kongsikan jarak larian anda di link ini dengan jarak minima 5km
  • Langkah 6: Teruskan berlari dan update jarak larian anda sehingga tarikh marathon tamat, dan dapatkan Finisher Kit anda di OPPO Concept Store terpilih atau melalui pos

Runners Leaderboard

Rugi jika anda tidak menyertai OPPO Reno Festive Virtual Marathon ni. Ini kerana format acara larian ini sangat menarik. Nak tahu kenapa? Ianya kerana, dengan perkongsian jarak larian anda yang dikongsikan menerusi email, semua peserta akan dapat melihat ‘real-time update’ yang akan dipaparkan di leaderboard di website. Daripada situ, peserta pasti akan berlumba-lumba untuk menduduki tangga pertama leaderboard.

Hadiah yang ditawarkan menarik pula tu. Antara hadiah yang bakal ditawarkan kepada pemenang adalah berupa wang tunai dan produk OPPO.

Bagi peserta yang menduduki tangga pertama bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500 dan OPPO Reno4 Pro. Tangga kedua pula bakal mendapat wang tunai RM1,000 dan OPPO Reno4. Tangga Ketiga bakal mendapat wang tunai RM800 serta OPPO Watch 41mm.

Untuk peserta yang menduduki tangga keempat pula, wang tunai sebanyak RM500 dan EncoW31 bakal ditawarkan. Peserta kelima akan membawa pulang wang tunai bernilai RM300 dan EncoW31 manakala peserta di tangga keenam hingga kesepuluh akan menerima EncoW31.

Tak habis kat situ sahaja, 30 peserta pertama yang dapat melengkapkan jarak 100km juga turut akan memenangi hadiah berupa OPPO Watch 41mm.

Peraduan Snap & Win

Bagi peserta yang ingin menyertai Peraduan Snap & Win pula, anda perlulah menggunakan filter OPPO Reno untuk menang hadiah eksklusif dari OPPO.

Nak tahu macam mana nak sertai peraduan ni? Ikuti 3 langkah mudah ni:

  • Langkah 1: Sertai larian dengan memakai OPPO Reno Festive Marathon Tee
  • Langkah 2: Rakam gambar atau video anda dengan filter OPPO Reno ketika sedang berlari
  • Langkah 3: Muatnaik ke Instagram dengan caption “I’ve completed XX KM in OPPO Reno Festive Virtual Marathon 2020 dan hashtag #OPPORenoMarathon2020 dan pastikan akaun anda PUBLIC

Bagi peraduan ini, tiada had penyertaan gambar atau video yang ditetapkan. 3 pemenang yang paling kreatif akan dipilih untuk memenangi hadiah eksklusif dari OPPO yang berupa OPPO Reno4 untuk hadiah utama, OPPO Watch 46mm untuk hadiah tempat kedua dan OPPO Watch 41mm untuk hadiah tempat ketiga.

AR Medal

Paling wow sekali ialah OPPO Reno Festive Virtual Marathon ni turut menawarkan AR Medal! Macam mana nak dapatkannya? Selepas peserta dapatkan Finisher Kit masing-masing, peserta hanya perlu scan AR code yang terdapat pada medal tersebut sahaja dan saksikan kehebatan AR Medal OPPO yang sangat futuristik ni!

Rebat Istimewa Untuk Peserta Virtual Marathon

Selain itu, sekiranya anda menyertai virtual marathon ini adalah peserta bakal diberikan diskaun sehingga 10% untuk setiap pembelian OPPO Reno4 series dan OPPO Watch series di www.oppo.com.my.

Bagi anda yang belum tahu apa yang bestnya dengan OPPO Reno4 Series, memang tak rugi tau kalau nak memiliki peranti hebat daripada OPPO ni! OPPO Reno4 Series dilengkapi dengan pelbagai teknologi hebat, tetapi yang paling kami kagum adalah ciri-ciri kameranya yang memang tak ada pada mana-mana peranti lain! Kamera yang terdapat pada peranti OPPO Reno4 Series ini terdiri daripada AI Colour Portrait, Night Flare Portrait, Monochrome Video, 960 fps AI Slow Motion dan banyak lagi. Contohnya macam dalam gambar Elizabeth Tan yang menggunakan effect AI Colour Portrait dan Night Flare Portrait. Paling best, OPPO Reno4 Pro mempunyai teknologi 65W SuperVOOC 2.0 yang membolehkan anda cas penuh dalam masa 36 minit sahaja. Fuh! Dapatkan OPPO Reno4 Series anda dengan harga RM1,699 untuk OPPO Reno4 dan RM2,399 untuk OPPO Reno4 Pro di sini.

Dah ada OPPO Reno4 Pro, padankan pula dengan OPPO Watch yang dikuasakan oleh Wear OS by Google! OPPO Watch boleh dikatakan jam pintar Android paling hebat kami pernah jumpa sebab boleh install lebih 4,000 aplikasi di Google Play Store, jawab panggilan dan sms, work out, buat pembentangan, dan macam-macam lagi. Paling best, ada Outfit-Matching AI Watch Face di mana anda boleh matchkan OOTD anda dengan wallpaper pada watch face, secara automatik je. Boleh lah gayakan OPPO Watch anda sambil lengkapkan marathon nanti! Dapatkan OPPO Watch anda dengan harga RM899 untuk versi 41mm dan RM1,299 untuk versi 46mm di sini.

Jadi korang yang gemarkan sukan larian, inilah masanya untuk dapat reward sambil kekal aktif berlari kan. Jangan tunggu lama-lama, terus daftar dan join OPPO Reno Festive Virtual Marathon ni. Best kot hadiah dia! Maklumat lanjut, klik link di bawah.

Maklumat lanjut OPPO Reno Festive Virtual Marathon: https://bit.ly/2INMLCQ

Pendaftaran OPPO Reno Festive Virtual Marathon: https://bit.ly/3lEokGm

OPPO Reno4 Series: https://bit.ly/38RfNwm

OPPO Watch Series: https://bit.ly/3csFPFL

OPPO Brand Store: https://bit.ly/3jcPJOB

OPPO Facebook: https://bit.ly/2RYejq4

OPPO Instagram: https://bit.ly/3i60EZ2

Aqmal Ezany

I write what is right