Siakap Keli

TERKINI: Zon B & Zon C Taman Meru 2C, Ipoh Dilaksanakan PKPD Bermula 20 Nov Ini – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 18 Nov – Kawasan Zon B dan Zon C di Taman Meru 2C, Ipoh akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 20 Nov hingga 3 Dis ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 di kedua-dua lokaliti berkenaan.

“PKPD ini akan melibatkan 2,288 penduduk dan 572 buah rumah di kedua-dua lokaliti ini.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) membuat saringan bersasar terhadap penduduk-penduduk di kawasan tersebut,” katanya dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti PKPD yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'