Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PPK Kedah Dirasmikan, Perkukuh Intervensi Awal Autisme Zon Utara

PPK
Kredit: Permata Kurnia via Facebook

PPK Kedah Dirasmikan, Perkukuh Intervensi Awal Autisme Zon Utara

Akses pendidikan inklusif negara terus diperkukuh menerusi perasmian Pusat PERMATA Kurnia Kedah (PPK Kedah) semalam, yang menjadi pusat intervensi awal autisme baharu di zon utara.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Dato’ Wan Hashim Wan Rahim, yang mewakili Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

PPK Kedah yang dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan kos RM7.075 juta di atas tanah seluas 1.9 ekar itu dilengkapi kemudahan pembelajaran dan terapi yang kondusif bagi kanak-kanak autisme berusia dua hingga enam tahun.

Kredit: Permata Kurnia via Facebook

Menurut KPM, pusat berkenaan berupaya menampung sehingga 140 murid apabila beroperasi sepenuhnya, sokongan 33 orang pegawai pelbagai kepakaran apabila beroperasi sepenuhnya kelak.

Antara kemudahan disediakan termasuk bilik intervensi, tujuh bilik pembelajaran, gimnasium serta bilik kaunseling bagi menyokong perkembangan holistik kanak-kanak dan penglibatan ibu bapa.

Kredit: Permata Kurnia via Facebook

Pelaksanaan pusat itu selaras dengan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 (RPM) yang memberi penekanan terhadap peluasan akses pendidikan inklusif agar tiada murid tercicir daripada sistem pendidikan negara.

Kredit: Permata Kurnia via Facebook

Melalui Belanjawan MADANI 2025, KPM turut merancang pembinaan 11 lagi Pusat PERMATA Kurnia di seluruh negara dalam tempoh 2026 hingga 2030 bagi memperkukuh ekosistem intervensi awal autisme.

PPK Kedah turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, Bahagian Pembangunan KPM serta semua pihak termasuk pendidik dan ibu bapa yang terlibat dalam menjayakan pembangunan pusat berkenaan.