Siakap Keli

(Video) Kucing Comel Kekal Tenang Jadi Demo Cara Mandikan Baby

Viral seorang lelaki di Viatnam oleh kerana kaedahnya yang unik untuk mengajar anaknya bagaimana cara memandikan baby dengan menggunakan kucing. Yang menakjubkan, kucing tersebut sangat tenang dari mula hingga tamat sesi pembelajaran tersebut.

Video yang dimuat naik di Facebook pada 7 November lalu oleh Vinh Quang Phạm menunjukkan Ông nội (lelaki tersebut) memegang kucing peliharaan keluarganya pada tangannya dan menjelaskan kepada anaknya bahawa dia haruslah menyokong kepala bayi semasa mencuci badan.

Dia menunjukkan cara-cara untuk membasuh kepala bayi dengan selamat, ibu atau orang yang lebih dewasa harus memnagku bayi dan seterusnya balutkan tuala pada badannya untuk elak dari demam.

Lelaki tersebut turut mengajarkan cara memercikkan air ke wajah bayi dengan betul dan berhati-hati agar air tidak masuk ke dalam telinga bayi. Sepanjang proses itu, kelihatan mata kucing tersebut tertutup rapat seolah-olah menikmati khidmat percuma itu.

Walaupun lelaki itu berhak mendapat pujian kerana amat mementingkan keselamatan bayi, banyak juga pengguna media sosial kagum dengan ketenangan yang ditonjolkan kucing itu sepanjang prosesnya.

“Kucing ini seharusnya menjadi ‘Alien Impostor’ mana ada kucing di Bumi ini yang berkelakuan baik seperti itu. Saya juga mempunyai banyak kucing di rumah, jadi saya tahu,” kata seorang pengguna laman muka buku itu di ruangan komen dalam bahasa Vietnam.

 

Sumber- Nextshark, Facebook Vinh Quang Phạm

 

Faiz Mustafa