Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

8 Cara Mudah Untuk Kekal Awet Muda
Tidak dinafikan, memiliki kulit wajah yang tegang dan sihat sememangnya menjadi impian ramai individu.
Namun, peningkatan usia, pendedahan kepada sinaran matahari dan gaya hidup tidak sihat boleh menyebabkan kulit menunjukkan tanda-tanda penuaan.
Walaupun proses penuaan tidak dapat dielakkan, terdapat pelbagai langkah yang boleh diamalkan untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.
Justeru, kali ini SK ingin berkongsi lapan tip untuk mengurangkan kedutan wajah daripada Hello Doktor.
Untuk menjaga kulit agar sentiasa kelihatan muda, mulakan dengan perkara asas petua tegangkan kulit muka seperti:
Elakkan pancaran sinaran UV matahari
Sentiasa memakai produk pelindung matahari
Memilih untuk memakai pakaian yang dapat melindungi diri dari sinaran matahari seperti baju lengan panjang dan seluar panjang
Hindari dari merokok
Sentiasa menggunakan pelembap

Sesetengah posisi tidur, cenderung membuatkan munculnya ‘garisan tidur’ – kedutan yang terukit di lapisan kulit dan tidak hilang sebaik anda bangun.
Tidur secara mengiring boleh membuatkan munculnya kedutan di bahagian pipi dan dagu.

Salmon serta beberapa jenis ikan air sejuk yang lain, adalah sumber protein hebat yang baik untuk kulit.
Ia juga mempunyai banyak asid lemak omega-3 yang dapat menyuburkan kulit, menjadikan kulit lebih gebu dan muda.

Ekspresi wajah seperti berkerut, mengecilkan mata yang dilakukan berulang kali boleh membuatkan otot di wajah banyak bergerak dan menghasilkan garisan halus di permukaan kulit, yang akhirnya akan menjadi kedutan.
Oleh itu, jaga pergerakan mata sebaiknya. Pakai cermin mata jika anda memerlukannya.
Jika perlu, pakai cermin mata hitam untuk melindungi kulit sekeliling mata dari kerosakan matahari.

Merupakan sejenis asid semula jadi yang dapat menyingkirkan sel kulit mati, membantu memudarkan pori, garis halus, dan kedutan di permukaan kulit, terutama sekitar mata.
Produk yang mengandungi AHA yang lebih kuat dapat membantu meningkatkan penghasilkan kologen kulit.

Air paip akan menyingkirkan kelembapan kulit dan minyak semula jadi yang berfungsi untuk melindungi kulit daripada kedut.
Mencuci wajah terlalu kerap bermakna anda menghilangkan perlindungannya.
Pastikan anda menggunakan pencuci wajah yang mengandungi pelembap, atau pencuci wajah jenis gel dan krim.

Kajian menunjukkan krim yang mengandungi vitamin C dapat membantu meningkatkan jumlah kolagen yang dihasilkan kulit.
Vitamin C berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UVA dan UVB, membantu mengurangkan kemerahan, bintik gelap dan tona kulit yang tidak sekata.

Tukarkan kopi dengan coklat. Ia merupakan satu minuman enak yang dapat mengurangkan kedut di wajah.
Kajian menunjukkan koko dengan 2 antioksidan tinggi (epicatechin dan catechin) dapat melindungi kulit daripada kerosakan matahari, meningkatkan aliran darah ke sel kulit, mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit lebih lembut.
