Siakap Keli
Kredit gambar: Google

(Video) MAIWP Kenalkan Apliaksi MOJA, Khas Untuk Orang Ramai Buat Aduan Tentang Asnaf

Biasanya kalau ternampak orang miskin yang terduduk di kaki lima, atau rumahnya usang, pasti ada segelintir netizen akan menyebarkan gambarnya di media sosial.

Perbuatan ini boleh menimbulkan pelbagai spekulasi negatif daripada banyak pihak, salah satunya adalah mendakwa pihak institusi zakat tidak menjalankan tugas sebaiknya.

Bagaimanapun sebagai orang awam, fungsi kita sebenarnya adalah perlu menjadi ‘informer’ di lapangan; apabila nampak saja mereka yang memerlukan, terus buat aduan ke pihak bertanggungjawab. Tapi, kaedah apakah yang lebih mudah?

Sehubungan itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kali ini memperkenalkan satu aplikasi khas untuk orang awam membuat aduan tentang asnaf dengan lebih mudah, iaitu MOJA.

Difahamkan, aplikasi ini sangat membantu adaun dilaporkan dengan pantas, dan tindakan akan diambil pihak Unit Baitulmal MAIWP dalam masa 48 jam sahaja.

Ikuti video ini untuk penerangan lebih jelas.

Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'