Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gempa bumi yang berlaku di Venezuela pada Rabu mencetuskan panik dan kekecohan terutama bagi orang ramai yang berada di dalam bangunan.
Berlaku sebanyak dua kali, gempa 7.2 dan 7.5 magnitud itu menyaksikan beberapa bangunan mengalami runtuhan.
Seorang pekerja bank berusia 54 tahun, Odalis Escalona menceritakan kembali detik 'ngeri' ketika gampa itu di Caracas.
Menurutnya, tangga bangunan tertanggal, seluruh dinding retak dan barang-barang jatuh dari siling.
Dalam pada itu, tular beberapa video yang memaparkan detik-detik ketika gempa kuat itu berlaku.
Menerusi satu video, orang ramai dilihat bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri ketika berada siren amaran diaktifkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Maiquetia.
Selain itu, satu lagi video yang tular menunjukkan orang ramai cemas dan keluar dari bangunan masing-masing.
Manakala, ada penduduk yang merakam detik-detik ketika bangunan runtuh menyembah bumi.
Susulan kejadian ini, pemimpin sementara Venezuela mengisytiharkan darurat dan memaksa penutupan lapangan terbang utamanya.
Memetik laporan AFP, infrastruktur di lapangan terbang itu mengalami kerosakan teruk selepas digegar gempa kuat itu.