Siakap Keli
Gambar via 10best.com

Wanita Ini Kongsikan ‘Rahsia’ Kurangkan Lendir Pada Bendi Dengan Cara Yang Mudah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagaimana memasak bendi dengan baik? Pasti sukar, kerana sayuran ini cenderung untuk berlendir ketika dimasak. Tetapi sebenarnya ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya.

Berikut merupakan petua lengkap yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama @Rosie Zam tentang cara menghilangkan lendir bendi sebelum anda mula memasak.

1. Keringkan air basuhan bendi dengan menggunakan tapis yang berlubang.

2. Apabila gulai kari atau air masak asam telah mendidih, barulah dipotong pangkal bendi tersebut.

3. Dan terus masukkan dalam masakan. Dengan cara ini lendir bendi itu tidak banyak.

4. Jika bendi hendak dihiris, keringkan dulu bendi tersebut dengan kain supaya lendirnya tidak terlalu banyak.

Sumber : Rosie Zam

Aziezzan