Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dipercayai ‘Kantoi’ Makan Tebu Di Sebuah Ladang, Anak Gajah Cuba Menyorok Di Sebalik Tiang

Amira
Gambar: Daily Mail/Facebook

Dipercayai sedang enak menikmati kemanisan tebu, selera seekor anak gajah terganggu apabila muncul kelibat manusia dengan berlampu suluh datang ke arahnya.

Menurut Daily Mail, anak gajah itu kemudiannya cuba ‘bersembunyi’ di sebalik tiang lampu berhampiran, biarpun dirinya jelas kelihatan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Chiang Mai itu membuatkan membuatkan orang ramai terhibur dengan gelagatnya. Kiriman yang dikongsikan di Facebook itu mendapat perhatian hampir 3,000 pengguna yang geli hati dan tak kurang juga ada yang ‘membahan’ si anak gajah berkenaan.

Comel

Duduk senyap-senyap, nanti orang nampak

Mana? Saya tak nampak apa-apa

Baca: Masih Memerlukan Pertolongan Moratorium? Tak Ramai Faham, Ini Fakta Dan Cara Mohon

Lapor Daily Mail, sekitar 2,000 gajah hidup secara meliar di Thailand di mana kadangkala berlaku pertembungan dengan manusia.

Haiwan ini merupakan spesies dilindungi di negara berkenaan. Tindakan membunuh haiwan itu akan dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda 1,000 baht (kira-kira RM134).

Baca: Jangan Terus Percaya Dakwaan “Ada Kelulusan KKM”, Ikut 8 Tip Dikongsikan KKM Ini Sebelum Anda Beli Ubat Online

Sumber: Daily Mail, Facebook

Jom layan video-video review di Youtube Siakap Keli