Siakap Keli

(Video) “Dia Lemah Dan Lapar,” Rakaman Anjing Terperangkap Ketika Banjir Diselamatkan Undang Hiba

Saat yang menyentuh hati apabila seekor anjing yang menggigil kesejukkan diselamatkan semasa banjir dipercayai disebabkan Taufan Eta di Mexico.

Anjing yang basah kuyup itu bertenggek pada jaring tingkap logam di luar sebuah rumah di wilayah Tabasco pada 13 November yang lalu.

Pasukan penyelamat yang meronda di kawasan itu untuk mencari penduduk yang terkandas sebelum mereka menyedari keberadaan anjing itu. Rakaman menunjukkan bagaimana salah seorang pekerja dari Setiausaha Laut mengangkat anjing itu dan mengusap kepalanya dengan lembut untuk mendapatkan kepercayaannya. Beberapa saat kemudian, anjing itu dengan segera masuk ke dalam bot penyelamat dengan selamat.

Pekerja penyelamat, Eric Ramirez berkata, anjing itu dibawa ke tempat perlindungan di mana dia kini pulih. Dia berkata: ”Anjing itu masih muda. Baru berusia satu atau dua tahun. Dia lemah dan lapar jadi perkara pertama adalah memberinya minum air tawar.”

Sumber : Dailymail 

Aziezzan