Siakap Keli

(Video) ‘Dipercayai’ Malas Nak Terbang, Aksi Burung Naik Kereta Api Jadi Viral

Burung itu sifat semulajadinya ialah terbang. Sebab itulah ia dicipta dengan dua sayap di kiri dan kanan badannya.

Tapi ‘penemuan’ pelik yang sempat dirakam ini menunjukkan dua ekor burung didapati menuju ke destinasi lain bukan dengan kedua-dua sayapnya.

Sebaliknya ia dengan ‘selambanya’ menaiki kereta api seperti manusia, berehat sambil membersihkan bulu pelepahnya sehinggalah tiba di stesen pilihan, si burung ini pun melangkah keluar dengan bergayanya.

Rakaman ini dimuat naik ke akaun TikTok oleh Nottawut Kongtawin baru-baru ini.

Caption ringkas di video berkenaan yang ditulis Nottawut ‘menceritakan’ segala-galanya.

Don’t wanna fly birds so just catch the trains from Central to Redfern instead.

@farohnatt

Don’t wanna fly birds so just catch the trains from Central to Redfern instead.

♬ original sound – Nuttawut Kongtawin

Berdasarkan caption tersebut, burung ini mungkin berpindah destinasi dari stesen kereta api Central Station Grand Concourse ke stesen Redfern dengan jarak hanya kira-kira 1.5 kilometer saja.

Video tersebut mengundang tawa dan perhatian netizem hingga ditonton hampir 500,000 kali, meraih lebih 50,000 ‘likes’ serta 3,000 komen.

Sumber: TikTok

 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'