Siakap Keli
Gambar: Bernama

Gangguan Bekalan Air Berjadual Di 26 Kawasan Barat Daya, Pulau Pinang Pada 28 Nov

GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) — Sebanyak 26 kawasan di daerah Barat Daya dekat sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam pada 28 Nov ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata gangguan bekalan air itu disebabkan oleh kerja-kerja pemasangan paip di Lintang Nipah dekat Bayan Lepas yang akan melibatkan kira-kira 2,600 akaun di beberapa kawasan di Jalan Kampung Relau sehingga Jalan Sungai Dua.

“Penutupan saluran paip bermula jam 9 malam pada Sabtu sehingga jam 9 pagi pada hari berikutnya (29 Nov)

“Kerja-kerja penyambungan paip di Lintang Nipah (bersebelahan Masjid Jamek Sungai Nibong) adalah untuk membolehkan pelaksanaan projek pembangunan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang yang akan dijalankan pada Sabtu, 28 Nov ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi memudahkan kerja terbabit, PBAPP perlu mengasingkan dan menutup sebahagian saluran paip 450mm AC sedia ada.

“Pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan untuk menyimpan air yang mencukupi bagi penggunaan selama 12 jam bagi mengelakkan masalah bekalan air,” katanya.

Antara kawasan terlibat ialah Jalan Kampung Relau, Jalan Murai, Medan Kampung Relau, Medan Murai 1, 2 dan 3, Lengkok Nipah 4 dan 5, Jalan Merak, Persiaran Nipah, Lorong Merak 1 dan 2, Tapak Pesta Sungai Nibong, Jalan Helang, Terminal Bas Ekpress MBPP,Jalan Sungai Nibong dan Depot Rapid Penang, Lorong Helang 1, 2 dan 3, Jubilee Home.

Lorong Sungai Dua, Klinik Kesihatan Sungai Dua, Lorong Sungai Dua 1, Jalan Sungai Dua, Persiaran Sungai Dua, Universiti Sains Malaysia (USM) Jalan Sungai Dua, Lebuh Sungai Dua, Tesco Extra Jalan Sungai Dua, Lengkok Sungai Dua, Taman Pekaka, j Batu Uban, Kampung Sungai Dua dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.