Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kelahiran bayi pada hari ini, 26 Jun 2026, bukan sahaja membawa kegembiraan kepada ibu bapa, malah turut mencuri perhatian warga maya susulan keunikan nombor kad pengenalan (MyKid) yang bakal diperoleh.
Menerusi satu hantaran di Threads oleh @Jpnppofficial, bayi yang dilahirkan di negeri Pahang pada tarikh berkenaan dijangka menerima nombor MyKid dengan susunan unik iaitu 26062606xxxx.
Menurut perkongsian itu, kombinasi nombor berkenaan dilihat menarik kerana memadankan tarikh lahir dan kod negeri secara tersusun, sekali gus memudahkan untuk diingati.
“Senanglah nak ingat nombor kad pengenalan anak masing-masing,” menurut hantaran itu.
Perkongsian berkenaan kemudian mengundang pelbagai reaksi pengguna yang turut berkongsi pengalaman memiliki nombor kad pengenalan unik.
Menurut pengguna Threads, @dr.theiva_paedspecialist, anak perempuannya yang dilahirkan di Negeri Sembilan turut mempunyai susunan nombor hampir sama.
“Like my daughter, 16051605xxxx,” katanya.
Seorang lagi pengguna, @anishafarhin pula berkata adiknya yang dilahirkan di Perak pada 6 Ogos 2006 memiliki nombor yang tersusun rapi.
“Adik saya, 06080608, lahir 6 August 2006 di Perak (08),” ujarnya di ruangan komen.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, @r44.efiza turut berkongsi pengalaman peribadinya yang dianggap cukup unik.
“Me 011101110*. Doktor kata satu habis disebabkan saya je,” katanya berseloroh.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna lain turut berkongsi susunan nombor kad pengenalan masing-masing yang dianggap ‘rare’ dan mudah diingati, sekali gus menjadikan perbincangan itu tular dalam kalangan netizen.