Siakap Keli

(Video) Tak Pasal-Pasal Kena, Si Oyen Kena Lempang Berkali-kali Lepas Gigit Ekor Kucing Lain

Semua orang mengetahui bahawa ‘oyen’ sememangnya mempunyai perangai yang tidak dijangka dan mencuit hati.

Dalam satu klip video yang dikongsi melalui twitter @AnimalsWorld, ‘Oyen’ dilihat menggigit ekor kucing berwarna kelabu hitam yang berada di sebelah atasnya. Akibat daripada itu, Oyen nampaknya telah dilempang berkali-kali pada bahagian kepalanya.

Selepas ditampar, Oyen juga dilihat memerhati kucing tersebut sehingga ia bagaikan mengalah dan kembali tidur.

Gelagat kedua-dua ekor kucing itu bagaiamapun telah mendapat ratusan ulang siar dan like daripada warganet yang terhibur dengan video tersebut.

Sumber : AnimalsWorld

Aziezzan