Siakap Keli

(Video) Mungkin Ramai Belum Tahu, ‘Trick’ Untuk Tutup ‘Paper Gift Bag’ Gunakan Talinya Sendiri

Kerja membalut hadiah memerlukan ketelitian dan kreativiti agar ia kelihatan rapi dan kemas. Namun, tak semua mampu untuk menghasilkan balutan yang kemas kerana ia satu kerja yang mungkin dianggap renyah oleh sesetengah orang.

Tapi, dengan menggunakan beg kertas, anda tak perlu lagi susah-susah fikir untuk membalut hadiah. Jadi, kami akan kongsikan cara menutup beg kertas menggunakan talinya agar hadiah anda tidak kelihatan terdedah begitu sahaja.

1. Masukkan hadiah ke dalam beg kertas seperti biasa. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam lubang yang bertentangan satu persatu.

Gambar: Siakap Keli
Gambar dari jarak dekat.

Gambar: Siakap Keli

3. Tarik tali pemegang dan beg kertas anda akan tertutup dengan sendirinya. Siap. Sekarang anda sudah boleh memberikan hadiah dalam keadaan beg tertutup. Barulah suprise.

Anda juga boleh mendapatkan lebih banyak idea melalui video di bawah. Cara menutup beg kertas boleh dilihat pada minit 0:33.

Sumber: Facebook

Amira

Love yourself.