Siakap Keli
Gambar Via SCMP

(Video) Perlukan 88 Saat Untuk Sampai Puncak, Rakaman Lif Dipercayai Tertinggi Di Dunia Buat Ramai Gayat

Menjulang lebih dari 300 meter (1000 kaki) ke permukaan tebing tinggi, lif luaran tertinggi di dunia ‘mencabar’ keberanian pelancong untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan.

Ketiga-tiga lif bertingkat di Taman Hutan Nasional Zhangjiajie di China itu akan naik ke tebing hanya dalam masa 88 saat, ia menjadi tarikan bagi sektor pelancongan dalam negara tersebut.

Pelancong akan dibawa naik ke puncak batu-batu pasir yang diilhamkan dari rumah Na’vi yang berwarna biru yang terdapat di dalam filem blockbuster, Avatar.

“Salah satu alasan utama kami datang ke sini kerana ia kelihatan sama seperti dalam filem Avatar,” kata seorang pengunjung.

Pengarah syarikat yang menguruskan lif, Liu Jie, mengatakan bahawa struktur geologi kawasan itu sesuai untuk menggunakan lif pengangkutan.

“Sebelum ini, hanya ada kereta kabel dengan kapasiti yang terbatas menyebabkan pelancong harus menunggu lama,” katanya.

Kira-kira 8,000 pelancong menaiki lif setiap hari namun ia masih lagi jauh dari jumlah purata iaitu 14,000 sebelum pandemik Covid-19 melanda.

Sumber: South China Morning Post

Sofea

There's always another side to every story