Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayat Lelaki Dipercayai Meninggal Dunia Lebih Empat Hari Ditemukan Dalam Kereta

Ditemukan dalam kereta
Kredit: Bernama

Mayat Lelaki Dipercayai Meninggal Dunia Lebih Empat Hari Ditemukan Dalam Kereta

GEORGE TOWN, 25 Jun (Bernama) -- Mayat lelaki tempatan dipercayai telah meninggal dunia lebih empat hari ditemukan di dalam sebuah kereta di Jalan Lintang Merdeka di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima makluman kejadian itu pada 9.50 pagi daripada seorang pekerja pembersihan.

Pekerja itu memaklumkan melihat kenderaan tersebut diletakkan dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan kerja pembersihan pada 9.30 pagi.

“Mayat lelaki berusia 55 tahun yang berasal dari Bukit Mertajam ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap di tempat duduk pemandu kenderaan itu yang tidak berkunci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata pemeriksaan pada badan dan lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah, dengan lelaki itu mempunyai rekod penyakit kronik serta sedang menerima rawatan di hospital.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Sumber:BERNAMA