Siakap Keli
Gambar: Kalinga TV

Amaran Cuaca Waspada: Hujan Lebat Dijangka Melanda 12 Buah Negeri Sehingga 23 Nov

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran cuaca waspada di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga 23 November 2020.

Amaran cuaca waspada yang dikeluarkan pada jam 2:30 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka berlaku hujan lebat sehingga 23 November 2020 ini:

Perlis

Kedah

Pulau Pinang

Perak

Selangor

WP Kuala Lumpur

WP Putrajaya

Negeri Sembilan

Melaka

Johor: (Tangkak, Segamat dan Muar)

Bagi kawasan yang dijangka berlaku hujan lebat bermula 22 November 2020 sehingga 23 November 2020 pula adalah seperti berikut:

Kelantan: (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai)

Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang)

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang hendak keluar dari rumah dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya kawasan-kawasan yang dijangka dibadai hujan lebat sehingga 23 November 2020 ini.

Sumber: MetMalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.