Siakap Keli
Kredit gambar: Google

Tak Semestinya Cantik Sahaja, Ini Jenis Cat Beri Perlindungan Optimum

Ketika waktu pandemik, kebersihan adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan, lebih-lebih lagi di rumah.

Pasti bermacam-macam cara kita gunakan untuk memastikan kediaman kita selamat daripada penularan wabak ni kan?

Pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan penggunaan pensanitasi tangan (hand sanitizer) umumnya adalah alat perlindungan utama bagi tubuh badan, tapi bagaimana pula dengan kediaman?

Tahukah anda, sebenarnya cat juga boleh menjadi agen penyelamat daripada ancaman virus ini. Ini mungkin semua orang belum tahu.

Nippon Paint VirusGuard penyelamat anda

Baru-baru ini Nippon Paint melancarkan cat baharunya, Nippon Paint VirusGuard yang berpotensi menghalang penularan bakteria dan virus.

Ia adalah cat antivirus dan antibakteria yang dicipta khas untuk memberi perlindungan optimum terhadap dinding kediaman.

Dicipta daripada Teknologi Ion Perak (Silver Ion Technology ), secara saintifiknya ia terbukti berkesan mampu mengekang penularan virus dan bakteria pada permukaan hingga 99 peratus.

Seperti sedia maklum, bakteria dan virus boleh tersebar di dinding melalui beberapa aktiviti harian manusia.

Ia bermula daripada bersin, kemudian sentuhan ke atas dinding, berjumpa atau bersalaman dengan orang lain dan sentuhan ke kulit muka atau tubuh badan sendiri.

Maka sebab-sebab inilah Teknologi Ion Perak daripada Nippon Paint VirusGuard diperlukan.

Lima perkara anda wajib tahu tentang Nippon Paint VirusGuard

‘Tak kenal maka tak cinta’. Ini lima perkara anda mesti kena tahu kenapa perlu gunakan cat antivirus ini.

1. ‘Frontliner’ di rumah, mengekang penularan COVID-19

COVID-19 ialah sejenis virus baharu yang tidak pernah menjangkiti manusia sebelum ini dan ia juga tidak pernah diuji dengan mana-mana produk setakat ini.

Namun begitu, Nippon Paint VirusGuard telah menunjukkan keberkesanannya terhadap Koronavirus Manusia (Strain 229E) yang merupakan virus pengganti (surrogate) kepada COVID-19.

Ini bermaksud, sekiranya ia efektif pada strain 229E, berkemungkinan tinggi ia juga akan mempunyai kesan yang sama pada virus SARS-CoV-2 (COVID-19).

2. Melindungi dinding daripada virus & bakteria

Sedia maklum, bakteria dan virus adalah dua mikroorganisma yang berbeza sifatnya. Cat anti-bakteria seperti yang pernah dicipta sebelum ini hanya berkesan melawan bakteria sahaja, bukan virus. Sebaliknya, Nippon Paint VirusGuard dicipta untuk melawan kedua-duanya sekali.

3. Mula ‘berkuasa’ seawal enam jam

Keupayaan teknologi ion perak akan mula menampakkan kesannya sejurus enam jam ia digunakan. Apabila virus dan bakteria di udara ‘tiba’ di permukaan dinding, ion perak akan memusnahkan sel membran, membuatkannya jadi tidak berfungsi.

Malah dalam tempoh enam jam juga, mikroorganisma jahat tersebut akan terhenti pembiakan dan mutasinya sebelum ‘mati’. Keberkesanannya hingga 99 peratus telah dibuktikan secara saintifik melalui kajian oleh Analytical Lab Group (ALG) dan ATS Laboratories.

4. Perlindungan maksimum untuk tempoh optimum

Keberkesanan Nippon Paint VirusGuard akan terus kekal untuk jangka masa panjang, selagi mana permukaan dinding terjaga dalam keadaan baik.

5. Bahan selamat

Nippon Paint VirusGuard tidak mempunyai sebarang bahan berbahaya. Ternyata ia selamat digunakan. Tapi disebabkan ia mengandungi bahan kimia, sebaiknya orang yang sakit, wanita hamil dan golongan yang lebih sensitif tidak digalakkan berada di sekitar kawasan yang sedang dicat.

Lapan sebab kenapa perlu menggunakan Nippon Paint VirusGuard

Dengan lapan ciri-ciri ini, penggunaan Nippon Paint VirusGuard di dinding kediaman anda adalah satu pilihan berbaloi, kerana:-

  1. Antivirus & antibakteria
  2. Mudah dibasuh
  3. Kalis kulat & cendawan
  4. Warna yang kekal lama
  5. Sangat kurang bahan VOC & kurang Odour
  6. Kalis pasir
  7. Mesra alam sekitar
  8. Mudah diselenggara

Nippon Paint VirusGuard ini sesuai digunakan di permukaan dinding di rumah kediaman, institusi kesihatan, pusat pendidikan, kawasan komersial dan lain-lain.

Nah, selain usaha membasmi virus dengan operasi sanitasi awam, mengecat semula dinding rumah anda dengan cat ini juga boleh menjadi satu inisiatif terbaik.

Berita baik untuk anda

Berita baik untuk anda, kini Nippon Paint sedang melancarkan kempen VirusGuard Bundle Deal yang bermula dari 12 Nov ini hingga 30 Nov nanti.

Kempen promosi ini membolehkan anda untuk membeli Nippon Paint VirusGuard secara ‘set kombo’ dengan kelengkapan cat lain.

Malah, anda juga berpeluang menikmati hadiah percuma (free gift) lagi bagi setiap pembelian. Menarik kan?

Bagi setiap pembelian RM99 dan ke atas melalui e-store, anda berhak menikmati caj penghantaran ke rumah secara PERCUMA.

Sudahlah boleh beli cat yang terbukti hebat boleh lawan COVID-19 beserta hadiah percuma, malah penghantaran ke rumah pun percuma lagi. Jimat betul duit.

Jadi, bagi sebarang maklumat lanjut mengenai spesifikasi produk, harga, jenis-jenis peralatan lain dan sebagainya, anda boleh melayari laman sesawang di SINI.

Percayalah, inilah satu-satunya inisiatif terbaik untuk kita melindungi kediaman dan keluarga kita daripada COVID-19.

Kita jaga kita. Kita jaga rumah kita . Ingat, pastikan kita sentiasa #KeepingEveryoneSafe.

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'