Siakap Keli
Gambar: Google

“Aku Masih Ingat Sampai Sekarang”, Lelaki Kongsi Kisah Lama, Dakwa Turut Alami Pengalaman Misteri Ketukan Pintu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini kita menyaksikan tular berita ketukan pintu misteri di Sabak Bernam. Laporan yang mendakwa ketukan itu berlaku di beberapa buah kampung di daerah itu sedikit sebanyak membuatkan orang ramai berasa seram.

Tak kurang juga, ada yang berkongsi pengalaman serupa, namun di tempat berbeza. Salah seorang pengguna Facebook, Encik Fairozee Hashim telah berkongsi pengalamannya ketika diganggu semasa tinggal di Perak.

Ujarnya, dia terdengar bunyi ketukan pada pintu rumah pada waktu malam ketika mereka sekeluarga sedang menonton televisyen. Ketukan itu berlaku ketika perkampungan mereka menghadapi ‘gangguan’ ketukan misteri yang menjadi perbualan di kejiranan tersebut pada ketika itu.

Berikut adalah perkongsiannya.

Cerita hantu ketuk pintu rumah malam malam pernah jugak kecoh zaman aku sekolah rendah dulu. Masa tu kami sekeluarga duduk kat Perak. Masa tu aku rasa dalam darjah 6 kot.

Kisah hantu ketuk pintu rumah ke rumah di kawasan kejiranan berdekatan memang menjadi perbualan hangat dalam kalangan kawan-kawan sekelas. Sehingga ada yang bertanya cikgu bagai. Paling tak jangka, kisah hantu ni sampai keluar surat khabar lagi haha… Lawak betul.

Aku masih ingat sampai sekarang sebab pada satu malam tu memang betul-betul berlaku kat rumah aku sendiri. Masa tu, aku dengan mak aku dan adik beradik aku, kami sedang tonton tv. Tiba-tiba aku terdengar pintu rumah diketuk. Kebetulan aku memang duduk di bahagian lorong yang menghadap ke ruang tamu, maka secara logiknya jika orang ketuk pintu, aku masih boleh dengar dengan agak jelaslah kiranya.

Masa tu memang aku terkejut habislah. Tapi aku rilek dan diam je. Nak bagi tau mak aku, aku tak pasti mak aku tahu ke kisah hantu ketuk pintu ni. Kebetulan malam tu pulak, arwah bapak aku takde kat rumah. Kerja, outstation. Jadi aku terfikir, kalau bagi tau mak aku kang, dia suruhnya aku bukak pintu sebab ingat bapak aku balik, tak ke naya? Hahaha…

Jadi akhirnya, aku buat bodoh je. Lagi pun kawan aku pesan, jangan jawab atau buka pintu, nanti dia muncul sebagai wanita yang konon-konon minta susu untuk bayinya. Tapi yang dikendongnya bukan bayi, tapi batu nisan. uihhh seram. Sekian..

Sumber: Fairozee Hashim

Amira

Love yourself.