Siakap Keli
Gambar: Kompas.com

Nelayan Maut Akibat Dipatuk Ular, Dipercayai Tiada Duit Untuk Dibawa Ke Hospital

Satu foto yang memaparkan sebuah keluarga miskin di Jambi, Indonesia telah menjadi tular di media sosial.

Foto tersebut mulai tular selepas bapa kepada keluarga tersebut yang bernama Zaini dilaporkan meninggal dunia kerana menderita sakit selama beberapa hari akibat dipatuk ular.

Dalam beberapa foto yang beredar di media sosial itu, Zaini dilihat terbaring kesakitan sambil dikelilingi oleh isteri dan anak-anaknya.

Foto tersebut juga memperlihatkan rumah Zaini yang berlantaikan papan dan berbumbungkan daun nipah.

Setelah gambar itu menjadi tular, ramai warganet bersimpati dan cuba untuk menghulurkan bantuan.

Menurut adik ipar Zaini, Husni, yang dihubungi Kompas.com melalui telefon, Zaini telah jatuh sakit selama beberapa hari kerana dipatuk ular.

Isterinya tidak berani untuk membawa Zaini ke hospital kerana mereka tidak mempunyai wang.

“Pada awalnya dia dipatuk ular, sejak dari itu Zaini mula berasa tidak sihat dan lemah selama lima hari dan akhirnya meninggal dunia,” jelasnya.

Menurutnya, semenjak foto Zaini dan rumahnya itu menjadi tular, pelbagai bantuan daripada banyak pihak yang datang daripada Sulawesi, Jawa, Padang bahkan Australia telah diterima oleh keluarga itu.

Zaini meninggalkan empat orang anak yang masih kecil dan seorang isteri.

Sumber: Kompas.com

Aqmal Ezany

I write what is right