Siakap Keli

Lagenda Gusti Dunia & WWE, The Undertaker Umum Persaraan

Lagenda dunia gusti dari era WWF hingga ke WWE, The Undertaker telah mengumumkan persaraanya selepas terlibat dalam acara WWE PPV Survivor Series 2020.

The Undertaker ataupun The Deadman adalah antara pengusti lagenda yang disegani dalam dunia WWE selain salah seorang atlet gusti terkenal di dunia, sepanjang 30 tahun lepas.

Berita persaraan beliau turut dimuat naik di laman twitter WWE.

Antara catatan terbaik sepanjang kareernya adalah rekod tanpa kalah berturut-turut 21-0 sehinggalah beliau tewas di tangan Brock Lesner dalam Wrestle Mania 30.

Selain itu, beliau juga merupakan juara dunia sebanyak 8 kali, iaitu 4 kali juara WWF/WWE, 3 kali bergelar World Heavyweigh Champion dan sekali bergelar juara USWA Unified World Heavyweight Championship.

Sumber: WWE, Prowrestling

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.