Siakap Keli

(Video) Lelaki Ini Kongsi ‘Port’ Memancing Untuk Korang Asah Bakat Di Sepang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kawasan unjam yang dikendalikan oleh pihak komuniti nelayan di Sepang menjadi lokasi popular dan tumpuan  buat ‘kaki pancing’.

Difahamkan, setiap kali para pemancing yang datang pastinya tidak pulang dengan tangan kosong. Bahkan tempat ini dijaga rapi oleh komuniti nelayan di Sepang atau MyKP Sepang di bawah Jabatan Perikanan Kuala Langat/Sepang.

Seperti perkongsian menarik daripada pengguna Facebook yang bernama Toman Sungai menunjukkan beberapa rakaman video hasil tangkapan mereka di tempat tersebut.

Satu lagi lokasi Agro pelancongan di Sepang bagi kaki pancing. Kunjungan anda pasti tidak mengewakan. Kawasan unjam yang di jaga oleh MyKP Sepang untuk kepuasan pemancing telah menunjukkan hasilnya.

Kepada yang berminat untuk ke sini boleh hubungi Pengerusi MyKP Sepang.

En Jamali 011-15058138

 

Sumber: Toman Sungai 

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang