Siakap Keli
Kredit gambar: Google

27 Kawasan Di Kuala Langat & Sepang Alami Gangguan Bekalan Air Sehingga 5.30 Petang Esok – Air Selangor

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Sebanyak 27 kawasan melibatkan wilayah Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 20 jam 30 minit.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan, ia berikutan kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama yang bermula 9 malam tadi.

“Kerja-kerja penggantian injap akan siap dilaksanakan pada 5.30 pagi nanti.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna setelah kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan dan bekalan air di 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang dijangka pulih sepenuhnya pada 5.30 petang nanti (esok),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini di semua medium media sosial Air Selangor, laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor serta boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 15300.

Berikut adalah senarai kawasan terjejas:-

 

Sumber: Air Selangor

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'