Siakap Keli
Gambar via Hindustantimes.com

Sentiasa Bersedia, Ini Persiapan Yang Perlu Dilakukan Bagi Menghadapi Banjir Bagi 3 Golongan

Banjir adalah kejadian limpahan air yang menenggelamkan permukaan tanah, tetapi ketinggiannya melebihi had normal. Banjir juga boleh disebabkan oleh hujan lebat, ribut, gelombang pasang surut, atau kejadian alam lainnya. 

Disebabkan itu, setiap orang perlu berwaspada dan sentiasa bersedia bagi menghadapi bencana tersebut. Antaranya ialah seperti yang dikongsikan oleh laman Twitter KKM Portal Myhealth mengenai perkara yang perlu dilakukan ketika diuji dengan bencana itu.

Wanita atau ibu hamil. 
bawalah perkara-perkara berikut :
1. Buku rekod kesihatan ibu.
2. Keperluan peribadi (cth: tuala wanita).
3. Keperluan bayu/anak.
4. Bekalan ubat.

Ibu hamil yang hampir bersalin diminta segera memaklumkan kepada pihak kesihatan.

Pesakit kronik yang sedang mendapatkan rawatan.
bawalah perkara-perkara berikut : 
1.Buku rekod perubatan.
2. Keperluan peribadi.
3. Bekalan ubat.

Ahli keluarga pesakit yang terlantar (bed ridden) dan pesakit haemodialisis 
1. Anda dinasihatkan untuk memindahkan pesakit berkenaan dan menghubungi pihak pejabat kesihatan untuk khidmat nasihat selanjutnya.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia 

Aziezzan