Siakap Keli
Sumber : Google

‘Anxiety’ Boleh Dirawat, Ikuti 6 Pemakanan Ini Yang Disarankan Oleh Pakar Kesihatan

Masalah ‘anxiety’ atau kegelisahan sudah menjadi satu penyakit yang ramai menghidapi di Malaysia. Sekiranya penyakit ini dibiarkan berterusan tanpa dirawat, ia boleh melumpuhkan tahap kesihatan kita dengan jangka masa yang panjang. Tahap kesihatan semakin rendah dan boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang kronik yang sukar untuk pulih.

Bagi mereka yang mengalami anxiety mungkin akan cari penyelesaian untuk mengubati penyakit ini supaya ia tidak berlarutan. Mereka akan lebih tertarik kepada makanan yang boleh mengurangkan sedikit perasaan gelisah. Penting untuk anda mengetahui makanan yang dapat merawat masalah ini. Anda perlu tahu, tidak semua makanan yang diambil dapat merawat masalah ini kerana kandungan dalam semua makanan tidak mempunyai nutrien dan zat yang sama.

Pakar Kesihatan menyatakan pemilihan makanan yang betul mengikut keperluan masalah yang dihidapi seperti anxiety akan beransur pulih sekiranya individu bertindak untuk makan dengan cara yang betul.

Selain daripada kaedah perubatan, terdapat juga kaedah lain yang boleh merawat anxiety daripada berterusan dan berpanjangan iaitu kaedah rawatan semula jadi dan kaedah pemilihan makanan yang betul.

Mari kita kenali makanan yang disarankan oleh pakar kesihatan yang membantu mengurangkan masalah anxiety.

Sumber : Google

(1) Ikan Salmon

Salmon sangat baik untuk mengurangkan anxiety. Ia mempunyai kandungan vitamin D yang berupaya meningkatkan tahap kesihatan otak. Ia juga mengandungi asid lemak omega-3 eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA).

Mengikut kajian penyelidik dari Universiti Ohio State, pengambilan 2.5 g omega-3 atau 12 hingga 15 ons salmon dapat mengurangkan tekanan dan kegelisahan iaitu lebih 20%.

Kandungan EPA dan DHA mampu mengawal neurotransmitters dopamine dan serotonin yang boleh memberi anda ketenangan dan memberi kawalan perasaan yang baik.

Selain itu, kajian juga mendapati asid lemak membantu mengurangkan masalah keradangan dan juga boleh mencegah sel otak yang boleh membawa kepada masalah seperti anxiety.

via : Man Matters

(2) Minuman Chamomile

Chamomile dapat membantu mengurangkan masalah anxiety. Ia mengandungi antioksidan tinggi yang membantu mengurangkan keradangan atau masalah kegelisahan yang melampau.

Beberapa kajian telah dijalankan berkaitan dengan chamomile dan anxiety. Mereka mendapati masyarakat yang mengalami anxiety mengalami pengurangan simptom yang lebih besar setelah minum minuman daripada ekstrak chamomile.

Dr. D’Adamo menjelaskan chamomile masih selamat diminum dalam beberapa gelas sehari bagi mengurangkan masalah kegelisahan. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang akan menjalani pembedahan, hamil atau asma tidak digalakkan mengambik minuman chamomile.

Sumber : Google

(3) Kunyit

Kunyit merupakan rempah ratus yang mengandungi kurkumin yang boleh memberi kesihatan otak yang baik dan boleh menghalang daripada berlakunya anxiety. Satu kajian telah dijalankan yang menunjukkan bahawa kurkumin mampu meningkatkan omega -3 dalam asid lemak yang boleh memberi kesan yang baik dalam kesihatan tubuh badan.

Selain itu juga, kurkumin mempunyai antioksidan yang tinggi yang mampu mencegah kerosakan sel otak.

Sumber : Google

(4) Coklat gelap

Coklat mengandungi kandungan flavonol iaitu antioksidan yang dapat memperbaiki fungsi otak dengan baik. Satu kajian telah dijalankan yang membuktikan bahawa coklat yang gelap mampu memberi ketenanangan kepada mood seseorang.

Selain itu, kajian lain juga mendapati mereka yang gemar makan coklat 2 kali dalam 2 minggu dapat mengurangkan hormon stress yang biasanya dikaitkan dengan mereka yang mengalami anxiety.

Walaubagaimanapun, makan coklat gelap perlu dikawal supaya tidak makan dengan kuantiti yang banyak. Hal ini kerana coklat mengandungi kalori yang tinggi bimbang penyakit lain dapat dikesan sehingga boleh merosakkan kesihatan badan kita.

Sumber : Google

(5) Yougurt

Masalah anxiety yang tinggi dapat dikurangkan dengan makan yougurt. Yougurt mengandungi probiotik baik yang dapat meningkatkan keseluruhan kesihatan yang baik.

Kajian mendapati wanita yang makan yougurt 2 kali sehari selama 4 minggu berpotensi mengawal emosi yang baik dan dapat mengurangkan masalah anxiety yang berpanjangan.

Anda perlu tahu, tidak semua yougurt mempunyai pribiotik. Pilih yougurt yang mempunyai pribiotik supaya dapat merawat masalah anxiety anda dengan berkesan.

Sumber : Google

(6) Teh Hijau

Teh hijau mengandungi L-theanine, asid amino yang terbukti memberi kesan positif kepada otak dan mengurangkan masalah anxiety. Kandungan paling penting berupaya memberi kesan yang baik merawat anxiety adalah epigallocatechin gallate (EGCG) iaitu antioksidan yang disarankan untuk meningkatkan kesihatan otak.

Oleh itu, teh hijau baik untuk memberi ketenangan melawan masalah anxiety yang tinggi dan berupaya meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik.

Rujukan

(1) Brianna Elliott (2017) 6 Foods That Help Reduce Anxiety. Sumber dipetik daripada https://www.healthline.com/nutrition/6-foods-that-reduce-anxiety

(2) Kerri-An (2018) 16 Simple Ways to Relieve Stress and Anxiety. Sumber dipetik daripada https://www.healthline.com/nutrition/16-ways-relieve-stress-anxiety#_noHeaderPrefixedContent

(3) Lisa Ryan (2017) Will Chamomile Help Ease My Anxiety? Sumber dipetik daripada https://www.thecut.com/2017/05/chamomile-tea-benefits-reduce-anxiety.html

(4) Dr. Josh Axe (2018) Anxiety Natural Remedies: 15 Ways to Relax & Find Calm. Sumber dipetik daripada https://draxe.com/health/natural-remedies-anxiety/