Semua sudah sedia maklum bahawa disebabkan oleh peningkatan kes Covid-19, sekolah dan intitusi pengajian tinggi terpaksa ditutup dan pelajar perlu menjalani sesi pembelajaran dalam talian.
Suka atau tidak, setiap pelajar atau tenaga pengajar terpaksa mengadaptasi pembelajaran dalam keadaan norma baharu ini kerana sememangnya sudah tiada pilihan lain.
Dalam keadaan ini, mungkin ada sesetengah pelajar yang tidak mampu untuk mendapatkan akses internet atau teknologi yang sebaiknya.
Namun, bagi yang mampu, jangan mensia-siakan peluang dan waktu yang telah diluangkan oleh guru-guru untuk memberikan pelajaran terbaik buat semua pelajarnya.
Perkongsian Wee Cher Wei di laman Facebook ini mungkin boleh membuka mata semua. Beliau memuatnaik sekeping gambar bapanya yang sedang tekun mengajar anak-anak muridnya melalui dalam talian.
Menurut Wee Cher Wei, dia kagum dengan kesungguhan bapanya untuk mengajar walaupun akan bersara dalam tempoh enam hingga tujuh bulan lagi.
Bapanya bersungguh-sungguh menyuruhnya membaiki laptop dan memasang beberapa perisian bagi persediaan untuk mengajar dalam talian.
Walaupun tidak berapa tahu mengenai teknologi maklumat, guru itu melakukan apa saja yang termampu bagi mencurahkan ilmu kepada pelajarnya.
“Dia menghubungi saya dan meminta untuk memeriksa beberapa masalah pada laptop lamanya,” katanya.
Tidak lama selepas itu, bapanya meminjam laptop kakaknya dan sekali lagi meminta tolong Cher Wei untuk memasang beberapa perisian.

“Selepas itu baru saya sedar bahawa dia melakukan semua itu untuk kerjanya dan pelajar-pelajarnya,” ujarnya lagi.
Melihat usaha bapanya itu, Cher Wei kagum dengan semangat bapanya yang melakukan apa sahaja untuk mengajar pelajarnya dalam waktu-waktu yang sukar ini, walaupun tidak tahu berapa ramai di antara mereka yang betul-betul menumpukan perhatian.
Dia tidak kisah jika pelajar-pelajarnya tidak menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran itu namun dia sudah cukup gembira jika ada salah seorang dari mereka yang berjaya di dalam peperiksaan atau kehidupan.
Ayah saya mungkin bukan seorang guru yang terbaik di dunia namun saya yakin dia salah seorang yang terbaik.
Moga usaha semua guru-guru dalam memberikan ilmu kepada setiap pelajarnya dalam tempoh waktu yang sukar ini dipermudahkan.
https://www.facebook.com/photo/?fbid=10224984773432627&set=p.10224984773432627
Sumber: Wee Cher Wei
Jom tengok video di Youtube Siakap Keli dan subscribe