Siakap Keli
Kredit gambar: Google

COVID-19: Satu Kluster Libatkan Sebuah Syarikat Logistik Di Johor Bahru Antara Enam Kluster Baharu Dikesan Hari Ini

PUTRAJAYA, 26 Nov – Satu kluster melibatkan sebuah syarikat logistik di Johor Bahru antara enam kluster baharu yang dikesan hari ini, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, kluster tersebut iaitu Kluster Gemilang dikesan apabila kes indeks iaitu kes ke-58,837 merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Nov kelmarin.

Sehubungan itu, sebanyak 95 individu telah disaring dan 26 daripadanya dikesan positif.

Selain itu, kluster kedua iaitu Kluster Bot Biru melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes indeks iaitu kes ke-46,546 dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Nov lalu hasil saringan individu bergejala.

Setakat hari ini, 23 individu telah disaring dan 17 daripadanya dikesan positif.

Kluster ketiga pula iaitu Kluster Blok 31 turut melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes indeks iaitu kes ke-52,971 dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Nov baru-baru ini.

Setakat hari ini, 26 individu telah disaring dan 13 daripadanya dikesan positif.

Selain itu, kluser keempat iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Udang melibatkan pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan dalam daerah Kepong, Kuala Lumpur.

Kes indeks iaitu kes ke-54,604 dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 22 Nov lepas.

Setakat hari ini, 196 individu telah disaring dan 11 daripadanya dikesan positif.

Kluster kelima iaitu Kluster Chengal pula dikesan di daerah Gua Musang, Kelantan. Kes indeks iaitu kes ke-54,773 merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Nov lalu.

Setakat hari ini, 254 individu telah disaring, 15 daripadanya dikesan positif.

Manakala kluser terakhir, iaitu Kluster Damar Laut pula melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di Pulau Pinang serta Padang Terap di Kedah.

Lima (5) kes pertama bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala antara 21 hingga 25 Nov baru-baru ini.

Setakat hari ini, 651 individu telah disaring dan 13 daripadanya dikesan positif.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'