Perkahwinan wanita ini bersama seorang duda mungkin dilihat sama dengan perkahwinan pasangan yang lain namun ia menjadi tular di Indonesia.
Memetik laporan TribunJabar, wanita yang dikenali sebagai Nadia Margreza itu telah mendapat hantaran yang tinggi berserta set berlian dan sebuah banglo mewah.
Dia yang juga bekas peserta Puteri Indonesia 2013 itu melangsungkan perkahwinan dengan seorang ahli perniagaan dari Makassar, Haji Ajis Kalla.

Haji Ajis memberikan hantaran berupa wang tunai sebanyak Rp 300 juta (lebih dari RM86,000), satu unit rumah bernilai Rp 3 juta dan satu set berlian.
Nilai hantaran yang diterima oleh Nadia itu dikatakan paling tinggi yang pernah diterima pengantin wanita di Malangke Barat.
Perkahwinan itu dipercayai telah diatur oleh anak Haji Ajis sendiri. Mereka sebelum ini saling tidak mengenali dan perkahwinan itu mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga.
Sumber: TribunJabar