Siakap Keli
Gambar fail. (Kredit: Google)

Selesema Burung Dikesan Di Jepun, Lebih 140,000 Ayam Akan Dihapuskan

TOKYO, 26 Nov (Bernama) — Sejumlah 146,000 ekor ayam akan dihapuskan di Hyogo, yang menjadi wilayah ketiga dijangkiti virus selesema burung, lapor agensi berita Sputnik, memetik media Jepun pada Khamis.

Pihak berkuasa juga telah melaksanakan kuarantin pada jarak 10 kilometer (lebih enam batu), yang melarang semua pergerakan melibatkan ternakan dan telur ayam, lapor agensi berita Kyodo.

Selsema H5 yang sangat patogenik pertama kali dikesan di sebuah ladang ternakan di wilayah Kagawa, dengan hampir 4,000 ayam mati antara 1 dan 4 November.

Sejak itu, tujuh lagi wabak dikesan di wilayah ini, dan pihak berkuasa memerintahkan pembasmian ratusan ribu ekor ayam.

Pada Rabu, satu lagi wabak dikesan di Fukuoka.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.