Siakap Keli
Gambar: Dailystar via Tik Tok

(Video) Misteri Bunyi ‘Hentakan’ Dalam Kabinet Dapur Terbongkar, ‘Makhluk Berbulu’ Muncul Di Sebalik Pintu

Seorang pemilik kucing memasang kamera rahsia setelah anaknya mengatakan dia takut dengan almari kabinet dapur yang menghasil bunyi dentuman kecil berulang kali dan kemudian mendapati hasil yang mengejutkan.

Dalam klip video itu, yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna @ justme477, dia menjelaskan bahawa bunyi itu berlaku ketika dia tidak berada di rumah.

“Ketika saya bertanya kepada anak saya, dia berkata almari kabinet terbuka dan tertutup dan dia takut,” tambahnya.

Mencuba menyelesaikan misteri itu, dia memasang kamera di hadapan kabinet itu dan setelah tiga jam merakam, pelakunya akhirnya tertangkap juga. Rakaman menunjukkan almari terbuka dan tertutup, beberapa saat kemudian, jari dan kuku keluar dari muka pintu, diikuti oleh wajah berbulu. Rakaman itu perlihatkan seekor kucing berwarna coklat keperangan keluar dari tempat persembunyiannya.

@justme477

I guess setting up a camera and filming all day was needed

♬ original sound – Just me

Rakaman tersebut telah ditonton lebih dari 65,000 kali di aplikasi perkongsian video dan banyak penonton mengakui bahawa mereka ‘ketakutan’.

Sebilangan orang menyarankan agar dia mendapatkan kunci untuk menghentikan kucing bersembunyi di almari, atau menggunakan pelapik getah untuk meredam kebisingan sehingga jiran berhenti mengeluh.

Sumber : Dailystar

Aziezzan