Siakap Keli
Kredit: Google

Trump Akan Tinggalkan Rumah Putih Andai Undi Elektoral Berpihak Kepada Biden

WASHINGTON, 27 Nov (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata akan meninggalkan Rumah Putih jika undian elektoral memihak kepada bakal Presiden Joe Biden, lapor agensi berita Sputnik.

“Sudah tentu saya akan keluar, dan anda juga tahu itu,” kata Trump pada Khamis ketika ditanya adakah beliau akan meninggalkan Rumah Putih sekiranya undi elektoral menyebelahi Biden.

Tegas beliau, ia satu kesilapan jika Kolej Elektoral mengundi Biden.

“Jika ia berlaku, mereka telah membuat kesilapan,” kata Trump, menambah agak sukar baginya untuk menerima keputusan persaingan presiden itu.

Sekali lagi, beliau menjelaskan keputusan pilihan raya itu diperoleh dengan penipuan besar.

“Kita seperti negara dunia ketiga,” tambah Trump, bercakap mengenai infrastruktur pengundian.

Pada Isnin, Trump memberi kuasa kepada Pentadbiran Perkhidmatan Awam untuk memulakan peralihan rasmi kepada saingan Demokratnya sambil terus mempertikaikan kesahihan pilihan raya November dan masih enggan mengalah.

Sumber: BERNAMA