Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Detik Pilu Anjing Gali Semula Tanah Setelah Nampak ‘Saudaranya’ Ditanam Akibat Mati Kemalangan

Haiwan juga mempunyai rasa kasih dan sayang seperti manusia. Kisah menyentuh hati haiwan yang menunjukkan kesedihan tatkala ada rakan atau keluarga mereka mati bukanlah kisah yang asing lagi.

Baru-baru ini, perkongsian oleh Daily Mail menceritakan bagaimana seekor anak anjing mengorek kembali tanah untuk menarik keluar saudaranya yang telah mati.

Menurut portal itu, seekor anak anjing berusia enam bulan telah mati dilanggar kenderaan sebelum tuannya menanam haiwan malang itu.

Pun begitu, seekor lagi anak anjing dipercayai saudara kepada mangsa cuba menggali semula seakan-akan ingin mendapatkan saudaranya yang telah mati.

Sebelum itu, kedua-dua haiwan itu dikatakan telah diambil oleh seorang lelaki di China sebagai haiwan peliharaan. Rakaman anak anjing setia itu cuba mengalihkan lumpur dan tanah yang menutupi jasad saudaranya telah menyentuh hati orang ramai.

Lapor Daily Mail, anak anjing berkenaan telah keluar dari rumah pada waktu malam sebelum ia dilanggar kenderaan.

Pemilik anjing berkenaan berkata, anjing yang masih hidup itu kelihatan murung dan tidak seaktif dulu, lapor portal berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.