Siakap Keli

Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Nak Buat Kerepek Batang Pisang Yang ‘Rare’ Dan Rangup

Kerepek pisang menjadi makanan ringan yang digemari ramai. Kalau makan depan TV, tak sedar sampai habis sebalang. Cara pembuatannya juga mudah jika mengikut teknik dan bahan-bahan yang betul.

Tetapi, menerusi perkogsian oleh Deanna Chee di laman Facebook, bukan buah pisang yang digunakan untuk membuat kerepek sebaliknya adalah menggunakan batang pisang. Wow memang ‘rare’ dan sedap!

Ikuti perkongsian seperti di bawah. Sangat mudah dan boleh dibuat di rumah. Selamat mencuba!

Saya nak share dekat awak semua sejenis jajan rare iaitu Batang Pisang Rangup yang sedap yakmat! Rugi tak cuba.

Cara-cara:

1. Pergi potong kulit batang pisang. Ambil yang bahagian macam ini saja.

2. Buang kulit luar tu. Yang luar tu kelat dan pahit.

3. Kita perlukan yang bahagian yang tengah ni saja, okeh.

 

4. Haaa. Yang ni kita ambil.

5. Bersihkan dalam air macam ini. Bilas bersih. Jangan letak sabun pula, kan. Naya karang.

6. Saya gunakan tepung Bestari. Tak ada sukatan , ikut suka kita pakai banyak mana.

7. Sedikit tepung beras anggaran 3 sudu makan.

8. Saya masukkan dalam bekas macam ini.

9. Bubuh serbuk lada. Saya tak boleh kalau tak ada rasa pedas. Lepas itu saya goncang bagi sebati semua tepung tu.

10. Saya masukkan semua hirisan batang pisang tu ke dalam bekas ini dan goncangkan. Inilah yang baiknya buat dalam bekas. Senang nak ‘a go go’ goncang.

11. Haaa. Ini dah tepung menyaluti hirisan batang pisang. Bijak ‘kan saya?

12. Goreng dengan api sederhana panas. Deep fry.

13. Tadaaaa. Dah siap. Serius, sedap yakmat. Sedap! Sedap! sedap!

Sumber: Facebook Deanna Chee

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.