Siakap Keli

‘Fendouzhe’ Berjaya Tamatkan Misi Menyelam Ke dasar Laut Terdalam Dunia

BEIJING, 28 Nov – Kapal selam Fendouzhe selamat berlabuh di pelabuhan Sanya, Hainan di selatan China pagi tadi selepas berjaya menjalankan misi menyelam sedalam 10,909 meter di Jurang Mariana.

Jurang Mariana merupakan parit terdalam di lautan dunia.

Fendouzhe dibawa oleh kapal ekspedisi saintifik Tansuo-1.

Presiden China, Xi Jinping merakamkan ucapan tahniah kepada saintis serta penyelidik atas sumbangan dan kejayaan mereka dalam menjayakan misi Fendouzhe.

Xi dalam perutusan tahniah itu menyatakan, kejayaan penyelidikan dan pembinaan kapal selam Fendouzhe serta misi ujiannya di laut menandakan China kini mampu menjalankan kajian saintifik di bahagian laut paling dalam di dunia.

Selain itu, daya komprehensif China dalam bidang teknologi laut boleh mencapai taraf paling maju di dunia.

Kapal selam Fendouzhe mula menjalankan misi ujian menyelam ke tempat sedalam 10,000 meter di Jurang Mariana sejak 10 Oktober.

Fendouzhe berjaya menyelesaikan 13 kali misi menyelam, antaranya lapan kali ke kawasan sedalam lebih 10,000 meter.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang