Siakap Keli

Kempen Wait! Pause Oleh Universiti Sains Malaysia Fokus Kesejahteraan Mental Belia

PULAU PINANG, 17 November 2020 – Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia kembali lagi dengan kempen tahunan oleh Pelajar Pemujukan Tahun Akhir dengan memperkenalkan Wait! PAUSE. Kempen ini akan dijalankan sepenuhnya secara atas talian, dimana ia bersesuaian dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Wait! PAUSE bermula dari 11 November 2020 hingga 4 Januari 2021 melalui media sosial iaitu Instagram, Facebook dan TikTok.

Wait! PAUSE memfokuskan pada kesejahteraan mental dan fizikal komuniti atas talian dikalangan golongan belia di Malaysia dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19. Seiring dengan berikut, Wait! PAUSE tampil dengan konsep gaya hidup seimbang, yang berfokuskan pada tiga aspek kesihatan, iaitu mental, fizikal dan sosial. Antara usaha untuk mencapai gaya hidup seimbang adalah dengan menjalankan pelbagai aktiviti menarik agar boleh berhubung kepada sasaran audiens, iaitu golongan belia supaya menjadikannya sebagai sebuah komuniti atas talian yang saling menyokong antara satu sama lain.

Dalam mengecapi penganjuran Wait! PAUSE, slogan ‘Together, We Strive’ telah dijadikan pilihan bagi mempertimbangkan golongan belia yang terjejas dengan pandemik Covid-19, yang mana masalah dan kerumitan daripada situasi dialami boleh diatasi bersama-sama. Slogan tersebut juga selaras dengan siri aktiviti yang bakal dilakukan iaitu siri ‘Together, We

…’ dimana konsep yang berlainan ini digunakan bagi memastikan aktiviti-aktiviti tersebut adalah cukup menarik dan menonjol di mata golongan belia.

Wait! PAUSE telah menjalankan aktiviti pertamanya pada 11 November 2020 iaitu ‘Together, We Exercise’. Aktiviti ini memerlukan para audiens untuk memuatnaik video pendek mereka beriadah pada media sosial, serta ‘tag’ @waitpause2020 dan menggunakan tanda pagar (‘hashtag’) seperti #TogetherWeExercise, #WaitPAUSE2020 dan #TogetherWeStrive pada Instagram, Facebook atau TikTok atau ketiga-tiganya sekali. Para audiens juga perlu ‘tag’ sekurang-kurangnya 3 orang rakan untuk menarik lebih ramai penglibatan serta melayakkan diri untuk menyertai pertandingan tersebut. Audiens yang mempunyai jumlah ‘likes’ tertinggi akan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik. Pertandingan ‘Together, We Exercise’ ini akan berlangsung selama sebulan, sehingga 12 Disember 2020.

‘Together, We Relax’ juga menggunakan perkara yang sama; namun, para audiens diperlukan untuk mengambil gambar atau video untuk menunjukkan perkara yang mereka lakukan untuk berehat. Tanda pagar (‘hashtag’) #TogetherWeRelax perlu disertakan bersama #WaitPAUSE2020 dan #TogetherWeStrive. Aktiviti ini akan bermula pada 13 Disember 2020 sehingga 2 Januari 2021.

Manakala, ‘Together, We Talk’ pula adalah forum webinar bersama panelis jemputan yang akan membincangkan tajuk ‘Combatting Burnout: How to Overcome Physical and Mental Exhaustion’. Topik ini akan mendedahkan audiens kepada gaya hidup seimbang daripada persepektif mental dan fizikal oleh sidang panelis yang serba berpengetahuan dan berpengalaman. Webinar juga akan memberikan peluang kepada audiens untuk bertanyakan soalan tentang mengamalkan gaya hidup seimbang.

Siri kempen ini diteruskan dengan ‘Together, We Learn’ iaitu peluang untuk memberikan fakta menarik mengenai fizikal, mental dan kesejahteraan sosial, bagi memastikan pengetahuan golongan belia juga tidak ketinggalan dan dipertingkatkan dalam aspek ini. Soalan kuiz akan disediakan pada 29 Disember 2020 untuk menguji fokus dan perhatian para audiens terhadap kesemua infografik yang telah dimuatnaik dan seterusnya akan melayakkan audiens untuk menyertai cabutan bertuah.

Bagi mengakhiri tahun 2020 yang sangat mencabar ini, Wait! PAUSE merancang ‘Together, We Celebrate’ yang bakal berlangsung pada 20 Disember 2020 hingga 2 Januari 2021. Para audiens dijemput untuk berkongsi detik kegembiraan mereka semasa meraikannya, dalam kekangan pandemik sepanjang tahun 2020. Aktiviti perkongsian ini turut memberikan tawaran dan audiens perlu menyertakan #TogetherWeCelebrate, #WaitPAUSE2020 dan #TogetherWeStrive.

Penasihat kempen Wait! PAUSE, Dr. Nur Atikah A. Rahman, menyatakan “Norma baru  telah menyedarkan kita terhadap isu yang bangkit disebabkan wabak ini dalam membantu golongan belia, terutamanya, para pelajar yang masih cuba untuk menyesuaikan diri dengannya. Sokongan kepada mereka diberi dengan menawarkan gaya hidup seimbang dan aktif, supaya ianya dapat menjadi kunci untuk mengurangkan bebanan mereka.” Oleh itu, kempen Wait! PAUSE merupakan platform yang penting untuk belia memahami keadaan dan kesejahteraan mereka dengan menawarkan pertolongan dan ruang untuk belia mengharungi kehidupan sama ada secara mental atau fizikal semasa pandemik ini.

Dengan ini, Wait! PAUSE menjemput penyertaan daripada belia dan pelbagai pihak untuk memeriahkan lagi penganjuran kempen ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kempen dan aktiviti yang ditawarkan, sila layari laman media sosial rasmi @waitpause2020 di Facebook dan Instagram atau hubungi: Amirah Syafiqah (Ketua Bahagian Perhubungan Awam) pada 012-6514200 atau [email protected]

 

Wan Emy Adila turut serta ‘Together, We Exercise’ dengan melakukan senaman yoga yang menyenangkan

Muhammad Zikri menunjukkan kemahiran bola sepaknya melalui video tersebut.

Dengan membawa kucing peliharaan berjalan juga dianggap sebagai beriadah

Janicce Diviya melakukan senaman asas dan mudah di rumahnya sahaja