Siakap Keli
Gambar: Google

Struktur Logam Misteri Seakan ‘Monolith’ Dilapor Hilang, Didakwa Diubah Oleh ‘Pihak Tidak Dikenali’

Objek seakan monolith yang ditemui sebelum ini di Utah kini telah hilang, lapor CNN.

Menurut portal itu, objek berwarna silver itu telah diubah oleh pihak yang tidak diketahui pada malam Jumaat lalu, lapor Biro Pengurusan Tanah (BLM) pada Sabtu.

“Kami telah menerima laporan mengenai struktur yang dibina secara haram itu, dirujuk sebagai ‘monolith’ telah diubah daripada tanah awam BLM,” tulis agensi itu.

“Pihak BLM tidak mengubah struktur berkenaan yang dianggap harta persendirian.”

Objek itu telah menarik perhatian seluruh dunia selepas ditemui pada 18 November lalu oleh beberapa pegawai Jabatan Keselamatan Awam Utah yang melintasi kawasan itu menaiki helikopter.

Reka bentuk objek setinggi kira-kira tiga meter itu disamakan dengan struktur yang muncul dalam filem “2001: A Space Odyssey.”

Sumber: CNN

Amira

Love yourself.