Siakap Keli
Gambar via DailyStar

(Video) Monolit Logam ‘Misteri’ Dipercayai Serupa Seperti Di Utah Kini Ditemui Di Romania Pula

Cerita mengenai monolit logam misteri yang ditemui di Utah, Amerika Syarikat sebelum dilaporkan ‘hilang’ beberapa hari kemudian kini semakin menarik.

Menurut laporan Daily Star, satu lagi monolit logam serupa seperti di Utah kini ditemui di Romania, pada 26 November. Malah, ada yang mendakwa ia mungkin monolit yang sama. Monolit di Utah pertama kali ditemui pada 18 November sebelum menghilang pada 27 November.

Menurutnya, logam misteri itu dijumpai beberapa meter dari mercu tanda arkeologi, Benteng Petrodava Dacian yang mewakili munumen bersejarah tertua. Dikatakan telah musnah oleh orang Rom tetapi peninggalannya masih dapat dilihat dalam sesuatu bentuk di bahagian tembok.

Gambar via Daily Star

Objek tersebut menghadap Gunung Ceahlau yang dikenali Gunung Suci yang terkenal di Romania dan tersenarai sebagai salah satu daripada tujuh keajaiba semula jadi negara tersebut.

“Kami mulai melihat penampilan monolit yang aneh itu. Itu adalah milik peribadi, tetapi kita masih belum tahu siapa pemilik monolit itu. Ia berada di kawasan terlindung di sebuah situs arkeologi,” kata Pegawai Kebudayaan Dan Warisan Neamt Rocsana Josanu.

“Sebelum memasang sesuatu di sana, mereka memerlukan izin dari institusi kami, yang mesti disetujui oleh Kementerian Kebudayaan,” tambahnya.

Gambar via DailyStar

Biro Pengurusan Tanah Amerika Syarikat mengatakan di laman Facebook: “Kami telah menerima laporan yang dapat dipercayai bahawa struktur yang dipasang secara haram, disebut sebagai ‘monolit’ telah dikeluarkan dari tanah umum Biro Pengurusan Tanah oleh pihak yang tidak diketahui.”

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia