Siakap Keli
Gambar via Bernama

(Video)’Pahat’ Nama Dalam Malaysia Book Of Records, Aksi Adik Ini Berjaya Timbang Bola 202 Kali Dengan Sekali Cuba

Malaysia sememangnya mempunyai generasi-generasi cilik yang mempunyai bakat mendalam dalam sukan bola sepak. Pelbagai kemahiran telah ditonjolkan sehingga telah berjaya memikat pandangan ramai orang.

Terbaru, menerusi perkongsian daripada Bernama, adik Dainnel Aqashah telah berjaya mencatatkan namanya dalam Malaysian Book of Records dengan “most Number of Keepi Uppies with Feet in 1 Minute”.

Adik Dainnel telah berjaya menimbang bola sebanyak 202 kali dengan hanya satu percubaan di Lobi KBS, Putrajaya hari ini.

Daniel Aqasha yang juga merupakan Pelatih Akademi Tunas Hulu Selangor telah mempersembahkan aksi hebatnya itu di hadapan beberapa orang kakitangan yang berada di situ.

Sumber : Bernama

Aziezzan