Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Video Bercuti Di China Tular, Pelancong Malaysia Mohon Maaf

Pelancong Malaysia
Kredit: ekyn.wong

Video Bercuti Di China Tular, Pelancong Malaysia Mohon Maaf

Rakyat Malaysia yang sebelum ini tular kerana memuat naik satu video ketika melancong di China membuat permohonan maaf.

Nur Asyiqin Mohd Dalil menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di TikTok berkata dia seikhlas hati memohon maaf atas isu kekhilafan reaksi spontannya ketika bercuti di negara itu pada 15 Jun lalu.

Dia juga mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas tindakan yang telah menimbulkan ketidakselesaan kepada mana-mana pihak.

"Saya menghormati pandangan, teguran dan perasaan semua pihak serta tidak pernah berniat menyinggung, mengaibkan atau menimbulkan sebarang konflik kerana ketika itu hanyalah reaksi spontan yang bukanlah dirancang.

"Saya menerima dan mengambil maklum setiap teguran yang diberikan dengan hati yang terbuka.

"Sesungguhnya saya menyesali perbuatan saya dan saya menginsafi akan tindakan saya yang keterlaluan.

"Daripada insiden ini, saya akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan saya dan akan lebih peka kepada sensitiviti masyarakat awam," katanya.

Asyiqin juga memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dan berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

"Saya berjanji akan menjadikan pengalaman ini sebagai iktibar untuk menjadi individu yang lebih matang dan bertanggungjawab pada masa akan datang," ujarnya.

Sumber:@ekyn.wong