Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Kenapa Macam Ni..." Pelancong Eropah Luah Rasa Kecewa, Terpaksa 'Bersuara' Tentang KL

Athirah
Eropah
Kredit: @verasplot

"Kenapa Macam Ni..." Pelancong Eropah Luah Rasa Kecewa, Terpaksa 'Bersuara' Tentang KL

Kuala Lumpur sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia.

Bangunan pencakar langit yang megah, syurga makanan yang pelbagai, dan keramahan penduduk tempatan sering menjadi pujian.

Namun, budaya berjalan kaki di Kuala Lumpur sering menjadi satu cabaran. Walaupun terdapat laluan pejalan kaki di beberapa kawasan utama, ia masih belum benar-benar mesra pengguna sepenuhnya.

Ada tempat yang tidak bersambung, sempit atau kurang teduhan daripada panas terik matahari dan hujan tropika yang tidak menentu.

Bagi pelancong pula, situasi ini kadang-kadang menimbulkan kekeliruan, apatah lagi apabila perlu menyeberangi jalan besar atau mencari laluan yang sesuai untuk sampai ke destinasi.

Budaya berjalan kaki di Kuala Lumpur

Baru-baru ini, satu luahan seorang pelancong dari Eropah mengenai budaya berjalan kaki di Kuala Lumpur telah menjadi tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @verasplot di TikTok, selepas hampir dua tahun mengembara ke serata Asia, Kuala Lumpur tetap ada tempat yang istimewa di hatinya.

“Jadi saya di KL. Tempat yang indah. Saya amat menyukai KL,” katanya.

Wanita berkenaan turut memuji budaya dan rakyat negara ini. Pada pandangannya, Malaysia menawarkan pengalaman yang sukar ditemui di tempat lain.

“Saya suka makanan di sini. Saya suka orang Malaysia. Mereka antara orang terbaik yang pernah saya jumpa. Saya sangat menyayangi Malaysia

"Tetapi seseorang perlu katakan perkara ini," tegasnya sebelum melontarkan satu soalan yang agak ironik, namun cukup tepat.

“Mengapa rasanya berjalan di KL ini seperti satu permainan survival (game of survival)?”

Sepatutnya tidak menjadi seperti satu 'sukan ekstrem'

Walaupun ada kemudahan asas seperti lintasan pejalan kaki, ia seakan-akan tidak memberi sebarang makna.

“Walaupun ada jalan untuk berjalan, tiada siapa yang berhenti. Kereta tidak berhenti

"Mereka memandu dengan sangat laju. Dan kebanyakan masa, memang tiada laluan pejalan kaki langsung,” ujarnya.

Bagi wanita tersebut, berjalan ke tempat yang dekat sepatutnya menjadi satu aktiviti yang menenangkan, bukan seperti satu 'sukan ekstrem'.

“Bagi saya, sebagai orang Eropah, saya memang sudah biasa berjalan. Jadi, ada kedai kopi kira-kira sepuluh minit dari tempat saya. Saya pun fikir, okey, saya akan berjalan saja," kata @verasplot.

Namun, keputusan yang nampak mudah itu bertukar menjadi pengalaman yang agak menegangkan.

“Saya rasa macam sedang berjuang. Berjuang untuk ‘survive’ di jalan-jalan ini. Jadi saya cuma nak tahu kenapa. Boleh tak sesiapa jelaskan? Tolonglah," ujarnya lagi.

Sumber:@verasplot