Siakap Keli
Kredit: Google

42 Orang Ditahan Bergaduh Berebut Pelanggan

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Gara-gara berebut pelanggan, 42 individu ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian kira-kira 7 malam.

“Kejadian berpunca daripada berebut pelanggan di kedai menjual komputer dan komputer riba. Semua mereka yang ditahan berusia 20 hingga 35 tahun dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya kejadian itu tidak melibatkan isu perkauman.

Terdahulu beberapa klip video tular di laman sosial hari ini memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah pusat membeli belah dan berlanjutan ke dalam premis terbabit.

Sumber: BERNAMA